Catatan

Hala Tuju Sistem Pendidikan Negara

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Sufean Hussin (2004), bidang pendidikan  sentiasa  mengalami transformasi signifikan dengan keperluan arus globalisasi. Transformasi tersebut membawa kepada perubahan dalam  dasar dan hala tuju bidang pendidikan.    Dalam konteks sistem pendidikan Malaysia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menetapkan hala tuju sistem pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara dapat dilihat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilihat sebagai satu perancangan yang sistematik ke arah meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Secara amnya, terdapat beberapa hala tuju yang difokuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Hala tuju sistem pendidikan Malaysia seperti yang digariskan dalam  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Dalam hal ini, KPM telah melakukan penambahba

Contoh Penulisan Laporan Program Transformasi Minda (PTM)

LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) IPG KAMPUS TAWAU SIRI 4   Nama Slot : Slot 3 Topik Segmen II (Bahagian 1) Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Penceramah : Puan Fazura binti Othman Tarikh / Hari : 15 Jun 2021 (Selasa) Masa : 08:30 am - 10:30 am Kumpulan Bertugas : Kumpulan 2 (Alder) Mohd Naim bin Mat Saad (Ketua/Bacaan Doa) Mohd Syariz Hakim bin Razali (Pengerusi Majlis) Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin (Pencatat) Mohd. Misyuari bin Maning (Fasilitator 1) Mohd. Zakwan bin Salleh (Fasilitator 2) Muhammad Azri bin Rosman (Fasilitator 3) Mohd Syawal bin Charo (AJK) Mohd Noor Afiq bin Abdul Raof (AJK) Muhamaad Sabfil bin Sabri (AJK) Muhammad Asyraf bin Norli (AJK)     Laporan Aktiviti: Aktiviti dalam Slot 3 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para pemantau dan seterusnya penceramah. Setelah itu, slot diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku. Sebaik sahaja nyanyian lagu tersebut selesai, wakil kumpulan bertugas iaitu Mohd Naim b

Perbilangan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Menurut Aripin Said (1996), perbilangan ialah gundalan adat, iaitu ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga khususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakai Adat Pepatih. Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera yang diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini ialah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau.  Secara ringkasnya, perbilangan merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang menceritakan dan menerangkan tentang sesuatu perkara berkaitan adat atau peraturan. Perbilangan berasal dan berkembang di daerah Minangkabau dan Palembang yang dikenali sebagai Adat Minangkabau . Di Malaysia, perbilangan banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan diperturunkan daripada mulut ke mulut dan daripada satu generasi kepada gener

Pepatah

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Pepatah adalah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis dan mempunyai sifat yang bernas, iaitu mengutamakan sifat minimalis dan bijak susunan katanya. Ungkapan pepatah berasal daripada patah-patah perkataan. Pepatah hampir sama dengan bidalan, namun kedua-duanya adalah berbeza kerana bidalan tetap mengandungi pengajaran dan nasihat. Sebaliknya ada pepatah yang tidak mengandungi pengajaran. Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan-ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Pepatah atau perbilangan berfungsi sebagai pedoman masyarakat yang mengamalkan adat resam. Antara contoh pepatah ialah indah khabar dari rupa, ukur baju di badan sendiri dan  air beriak tanda tak dalam . Abdullah Yusof (2009) menyatakan pepatah ialah susunan bahasa yang indah untuk dihayati dan mempunyai konsep yang bermaksud patah-patah perkataan yang disusun untuk mematahkan kata-kata orang yang bertutur.   M akna pepatah jelas pada un

Bidalan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Kamus Dewan (2013) mendefinisikan bidalan sebagai kata-kata yang selalu disebut yang mengandungi nasihat serta pengajaran di dalamnya. Bidalan tergolong dalam peribahasa yang bersifat dua lapis. Menurut Abdullah Hassan (2007), bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti biar , hendaklah , jangan , lebih baik , harus  dan usah . Contoh bidalan ialah biar lambat asalkan selamat ; ingat sebelum kena, jimat sebelum habis  dan j angan ikut resmi jagung, makin berisi makin tegak . Muhammad Said (1992) pula menyatakan bahawa bidalan merupakan cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis seperti contoh ‘kata’ iaitu kerbau dipegang talinya, manusia dipegang katanya . Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, manakala pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak memp

Perumpamaan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Menurut Awang Had Salleh dan Abdul Razak Abu dalam Abdullah Yusof (2009), perumpamaan adalah susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam sesuatu ayat, atau yang membandingan sesuatu dengan benda lain boleh diertikan sebagai perumpamaan. Setiap perkataan dalam sesuatu perumpamaan adalah diumpamakan kepada sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat. Pada dasarnya, terdapat dua bentuk perumpaan dalam bahasa Melayu  iaitu perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan. Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului oleh kata-kata perbandingan iaitu bak, bagai, ibarat, laksana, macam, seperti dan umpama. Manakala , perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan merupakan perumpamaan yang tidak didahului oleh k

Simpulan Bahasa

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang mudah. Menurut Menurut Abdullah Hussain (2003) , simpulan bahasa merupakan salah satu peribahasa yang kebiasaannya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja yang membawa maksud yang tepat dan padat.  Pengimplimentasian simpulan bahasa yang tepat amat digalakkan terutamanya dalam penulisan. Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan yang memuatkan simpulan bahasa akan menjadikannya lebih menarik dan luas dari segi gaya bahasanya. Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang. Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkah laku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional, simpulan bahasa digunakan sebagai medium untuk menggambarkan sifat-sifat, ti