Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Langkah-langkah untuk Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menetapkan akses sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara (Goay Teck Chong, Wong Yew Hong dan Suraini Basir, 2013). Berdasarkan pernyataan tersebut, akses yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menekankan aspek kesamarataan pendidikan dalam kalangan murid untuk membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Singnifikan dengan kesamarataan peluang pendidikan terhadap setiap murid, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) juga turut menekankan aspek perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Perkara tersebut dapat dicapai menerusi interaksi dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Penekanan yang diberikan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam konteks perpaduan kaum adalah untuk mewujudkan identiti nasional dalam kalangan murid. Identiti nasional tersebut dapat dicapai sekiranya muri