Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang kompleks. Kemahiran tersebut dikuasai oleh murid setelah menguasai kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kemahiran menulis diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk memastikan objektif pengajaran kemahiran menulis, guru boleh menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu seperti yang di bawah: •        Pendekatan Terkawal •        Pendekatan Berpandu •        Pendekatan Bebas •        Pendekatan Proses •        Pendekatan Komunikatif •        Pendekatan LEA Pendekatan Terkawal Pendekatan   terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahupun dari segi isi. Murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Anatara aktiviti yang s

Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000) dalam buku bukunya yang bertajuk Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik , terdapat empat kaedah mengajar kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu seperti yang berikut: •        Kaedah Pandang Sebut •        Kaedah Abjad •        Kaedah Fonik •        Kaedah Bunyi Kata •        Kaedah Cerakinan •        Kaedah Binaan Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna oleh murid dalam kehidupan seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan murid tersebut seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya (Kamarudin Hj. Husin, 1998). Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebut perkataan tersebut secara berulang. Pada kebiasaannya, perk

Jenis Kemahiran Membaca

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Individu yang dapat menguasai kemahiran membaca berkeupayaan untuk mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difahami dan ditafsirkan.            Niles (1963) telah mengemukakan tiga kemahiran membaca yang jelas membezakan antara pembaca yang berjaya memahami dengan baik dan sebaliknya. Kemahiran pertama ialah kemahiran mencari dan memahami perhubungan antara idea dalam ayat-ayat tunggal, perenggan dan petikan yang berbeza panjangnnya. Idea dalam teks berkaitan antara satu dengan lain dalam pelbagai cara seperti membanding dan membeza, sebab dan akibat   dan mengaitkan isi pokok dengan huraian tertentu. Kemahiran kedua ialah menetapkan tujuan-tujuan dalam bacaan dan ketiganya menggunakan sepenuhnya pengalaman lampau apabila

Tujuan Membaca

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa tujuan utama seseorang membaca adalah untuk memperoleh atau meninterpretasikan makna daripada bahan yang dibaca. Walau bagaimanapun, kebanyakan individu mempunyai kelemahan dalam memahami bahan yang dibaca. Meskipun seseorang individu itu memberikan tumpuan terhadap bahan yang dibaca dan membaca bahan bacaan tersebut beberapa kali, namun masih gagal untuk memahaminya dengan baik. Perkara tersebut disebabkan oleh membaca melibatkan aktiviti mental yang agak rumit.             Membaca melibatkan interaksi antara bahan bertulis atau jenis teks tertentu yang dibaca dengan pembaca itu sendiri. Pembaca pula mempunyai tujuan-tujuan tertentu semasa membaca yang dikaitkan dengan teks dan konteks pembacaan. Secara umumnya, terdapat empat tujuan membaca seperti yang berikut: Membaca untuk Pengalaman Sastera Membaca untuk mendapatkan pengalaman sastera melibatkan pembacaan bahan-bahan sastera bag

Kaedah Pengajaran Kemahiran Pengajaran Lisan

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Dalam pengajaran kemahiran lisan, terdapat beberapa kaedah yang boleh diimplimentasikan antaranya ialah kaedah komunikatif, kaedah audio-lingual, kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik dan kaedah eklektik .     Kaedah Terus Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2014), kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermakna belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya,  rumah  diajarkan dengan menunjukkan objek  rumah . Untuk perkataan abstrak pula, contohnya  manis  diterangkan menggunakan perkataan yang sudah diketahui oleh murid-murid. Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah di

Proses Kemahiran Mendengar

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Untuk berkomunikasi dengan baik, seseorang itu perlu mendengar dengan baik juga (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Kadangkala seseorang itu hanya mendengar ayat-ayat yang dituturkan, tetapi tidak mendengar secara teliti dan kritikal. Sebagai tamsilan, apabila seseorang individu itu hendak mengemukakan komen atau respons semasa penutur sedang bercakap, individu itu tidak akan mendengar sepenuhnya perkara yang sedang diperkatakan oleh penutur tersebut. Jika individu tersebut mendengar dengan teliti, bermakna beliau menunjukkan kepekaannya terhadap orang lain. Hal ini dapat berlaku jika seseorang itu mengeksploitasi proses mendengarnya secara berkesan. Proses mendengar bukan sahaja melibatkan alat pendengaran yang dapat dilihat, iaitu telinga tetapi ia juga menuntut peranan otak. Otak setiap manusia mampu melaksanakan aktiviti mendengar, berfikir, menilai dan menginterpretasi dalam satu masa. Untuk membolehkan otak seseorang itu melaksanakan k

Peringkat Kemahiran Mendengar

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu: Peringkat Awal Pada peringkat awal kemahiran mendengar, murid akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, murid akan melakukan perkara dan aktiviti yang diarahkan oleh guru. Sebagai contoh, guru mengarahkan muridnya menggayakan gaya seekor kucing, maka murid tersebut akan bertindak balas dengan menggayakan aksi seekor kucing mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini, murid cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Para murid juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat. Peringkat Pertengahan Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, murid didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan