Konsep Syair


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Istilah syair berasal daripada kesusasteraan Arab, syir. Namun demikian, bentuk syair Melayu sangat berbeza daripada syair Arab. Lazimnya, syair Arab terdiri daripada 2-20 baris dan mempunyai bentuk yang tetap. Syair Melayu merupakan puisi berangkap yang mementingkan irama bersajak. Syair terdiri daripada empat baris serangkap yang berima a-a-a-a pada akhir setiap baris. Keempat-empat baris syair mengandungi maksud penyair. Siti Hajar Abdul Aziz, 2009 menyatakan bahawa setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri, tetapi memerlukan rangkap yang lain untuk melengkapkan idea tersebut. Syair dicipta untuk dilagukan dan diperdengarkan. Tema dalam syair dapat dibahagikan kepada dua iaitu bentuk naratif dan bukan naratif.
Syair berbentuk naratif mengandungi tema seperti syair romantis yang berkisar tentang kasih sayang dan penceritaan dalam emosi yang berlebih-lebihan, syair sejarah yang menceritakan kejadian yang pernah berlaku, syair keagamaan yang berkaitan dengan kisah rukun Islam, sifat 20, kisah hari kiamat serta syair kiasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran