Konsep Bahan Bantu Mengajar

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Ragbir Kaur Joginder Singh (2013) mentakrifkan bahan bantu mengajar sebagai kelengkapan atau peralatan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran ketika berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan, penggunaan bahan bantu mengajar amatlah penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di dalam bilik darjah. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan membantu untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang guru laksanakan. Menurut Omardin Ashaari (1999), bahan bantu mengajar dapat mengatasi pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan pengajaran guru untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini demikian kerana, proses pembelajaran dan pemudahcaraan akan lebih bermakna sekiranya murid dapat memahami isi pelajaran yang guru sampaikan. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan yang signifikan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep yang diajarkan oleh guru.
Penggunaan bahan bantu mengajar bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang guru sampaikan, malahan penggunaan bahan tersebut dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan juga mampu meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang dilaksanakan oleh guru. Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2013), bahan bantu mengajar dapat menimbulkan minat dan kesungguhan dalam kalangan murid untuk terlibat secara langsung dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Perkara tersebut sejajar dengan konsep pembelajaran menurut Teori Pembelajaran Behaviorisme yang menegaskan bahawa pentingnya persekitaran yang menarik dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Motivasi merupakan kecenderungan murid yang dapat mempengaruhi tingkah laku murid tersebut (Mok Soon Sang, 2009). Dalam hal ini, motivasi dalam kalangan murid menjadi kriteria penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Motivasi dalam kalangan murid membolehkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan menjadi lebih efektif dan menarik. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar merupakan salah satu medium untuk meningkatkan 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Binaan Plot