Binaan Plot


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Fadzri Aris et al. (2013) mendefinisikan plot sebagai penceritaan peristiwa dengan berdasarkan hokum sebab dan akibat. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat. Terdapat juga segelintir individu yang mentafsirkan plot sebagai rentetan peristia yang bersebab, yakni dijalin dengan melibatkan konflik dan diakhiri dengan peleraian. Susunan   cerita bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.  Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang. Dalam konteks drama, plot ialah satu skema aksi dan berbeza daripada plot dalam cerpen dan novel, Aspek perbezaan tersebut adalah dari segi gerak aksi dan teknik-teknik dramatik pada tahap pengenalan, kemudian muncul peristiwa yang semakin meruncing, lalu melonjak jadi klimaks cerita dan akhirnya menemukan penyelesaian atau peleraian.
            Binaan plot terdiri daripada permulaan atau lebih dikenali sebagai eksposisi, perkembangan, peleraian, punca atau klimaks, dan peleraian. Permulaan plot ialah peringkat permulaan iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan suasana yang terdapat dalam sesuatu karya. Pada peringkat perkembangan, konflik dalam karya tersebut telah berlaku. Kemudian, peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita iaitu perumitan. Perumitan menuju kepada puncak iaitu klimaks apabila tercapaiannya konsentrasi yang maksimum. Akhir sekali, urutan cerita menuju kepada peleraian iaitu berakhirnya sesuatu masalah atau konflik. Pada peringkat ini sesuatu masalah sudah dapat diatasi atau diselesaikan.

Permulaan
Peringkat permulaan mempersembahkan latar belakang maklumat bagi membolehkan pembaca memahami cerita tersebut secara teratur (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Antara maklumat tersebut adlaah berkenaan dengan watak protagonist dan antagonis, asas berlakunya konflik, latar cerita, peristiwa, imbasan dan sebagainya. Pengarang mempersembahkan maklumat tersebut melalui dialog, pemerian, imbas kembali atau huraian secara langsung. Permulaan pada lazimnya merupakan kejadian semasa dan dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Bahagian ini biasanya diakhiri dengan kejadian yang merangsang, iaitu terdapat satu insiden dalam aksi cerita tersebut yang tidak diceritakan pada bahagian ini. Rangsangan demikian digunakan sebagai motivasi kepada pembaca untuk mengikuti aksi atau kejadian yang selanjutnya atau disebut sebagai perkembangan.

Perkembangan
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkembangan merupakan perkara yang berlaku sebelum mencapai perumitan. Perkembangan sengaja diwujudkan oleh pengarang dengan tujuan untuk menimbulkan perasaan teruja pembaca sebelum menuju ke peringkat perumitan.

Perumitan
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa pada peringkat perumitan, konflik asas yang berlaku pada bahagian permulaan menjadi semakin kompleks disebabkan ia berkaitan dengan konflik-konflik yang selanjutnya. Perkara tersebut termasuklah berbagai-bagai rintangan yang perlu ditempuhi oleh watak protagonis dan kejadian yang mengecewakannnya untuk mencapai matlamat yang dihajati. Konflik selanjutnya itu juga lazimnya melibatkan watak antagonis yang cuba menghalang dan menentang watak protagonis.

Klimaks
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), klimaks merupakan tahap paling tinggi bagi pembaca mengalami detik saspens dan cemas. Klimaks merujuk kepada titik puncak yang menjadi tanda perubahan atau peralihan daripada yang baik kepada buruk atau sebaliknya, yang berkait rapat dengan watak protagonist. Klimaks merupakan saat yang kritikal bagi watak utama, misalnya jika cerita tersebut berbentuk tragedi, titik puncak cerita mungkin berupa peristiwa terburuk yang dihadapi oleh watak protagonis. Dalam klimaks, kemungkinan terdapat kejadian antiklimaks,iaitu sesuatu perkara yang digambarkan sebagai sangat sukar untuk dilakukan, tetapi dapat diselesaikan dengan cara yang sangat mudah. Sebagai contoh, untuk memusnahkan sesuatu bangunan yang dikawal rapi memerlukan teknologi yang canggih dan sekumpulan pekerja sebagai klimaks cerita, sebaliknya dalam antiklimaks perkara tersebut dilakukan dengan hanya menekankan satu butang merah yang memunahkan bangunan itu keseluruhannya.

Peleraian
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), pada peringkat peleraian, konflik antara watak protagonist dan watak antagonis menemukan jalan penyelesaiannya. Dalam peleraian, lazimnya watak protagonist Berjaya mencapai matlamatnya dan berlaku juga kemungkinan watak protagonist dikalahkan oleh watak antagonis. Dalam bahagian peleraian, keadaan teruja, cemas dan tegang dalam kalangan pembaca samapi ke penghujungnya.           

Ulasan

  1. Mohon kongsi bahan ini.Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Boleh tak tolong buat 1 contoh cerita yg mempunyai 5..

    BalasPadam
  3. BAGI SAYA MAKLUMAT INI BAGUS CUMA PERLU TAMBAH CONTOH

    BalasPadam
  4. boleh tak saya ingin tahu dekat mana plot terletak?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu