Aktiviti Improvisasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Teknik improvisasi mempunyai beberapa aktiviti. Pengaplikasian aktiviti
tersebut sudat tentu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu berjalan dengan lebih efektif. Terdapat beberapa aktiviti improvisasi
yang boleh dilaksanakan oleh guru seperti yang berikut:
Aktiviti Improvisasi
|
Huraian
|
Improvisasi berdasarkan situasi
|
Satu situasi diberikan
kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta
melakonkan situasi yang diberi secara spontan. Teknik ini boleh dijalankan
untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.
|
Improvisasi berdasarkan gambar
|
Gambar diberikan atau
dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara
spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.
|
Improvisasi berdasarkan petikan cerita
|
Petikan cerita atau
insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki
melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk
menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.
|
Improvisasi berdasarkan objek
|
Teknik menggunakan
objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh
objek yang boleh digunakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan
kostum.
|
Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
|
Watak cerita binatang boleh digunakan seperti
watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah.
|
Improvisasi berdasarkan bunyi
|
Bunyi-bunyi seperti
lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh
diadaptasi melalui teknik ini.
|
Ulasan
Catat Ulasan