Pendekatan Improvisasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Pengimplementasian
teknik improvisasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu amatlah
fundamental terutamanya dalam pengajaran aspek seni bahasa. Terdapat pelbagai
jenis pendekatan dalam teknik improvisasi yang boleh digunakan oleh guru ketika
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Berikut
merupakan pendekatan improvisasi:
Pendekatan Improvisasi
|
Huraian
|
Bersedia menghadapi
ketidak sempurnaan
|
Guru perlu bersedia
menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dan
terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula
aksi dan dialog murid. Perkara yang penting ialah bagaimana murid dapat
menggabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru
secara spontan.
|
Tidak perlu pentas
yang sempurna
|
Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas
yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan
meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.
|
Menyediakan saranan
|
Guru selaku pembimbing
perlu menyediakan saranan atau rangsangan
untuk menjana idea murid dalam improvisasi.
|
Tidak perlu penonton
|
Murid tidak perlu
disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini demi membentuk
keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi di hadapan kelas,
mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan.
Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau
pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh
meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.
|
Aktiviti berkumpulan
|
Guru hendaklah
menggalakkan murid-murid bekerja secara kumpulan dengan natural. Ahli
kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid lebih luas.
|
Bijak melayani
permintaan
|
Guru perlu bijak dan
bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka
untuk beraksi secara spontan.
|
Ulasan
Catat Ulasan