Peranan Improvisasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Dalam pengajaran aspek seni bahasa, teknik improvisasi mempunyai beberapa
peranan penting. Berdasarkan pernyataan tersebut, teknik improvisasi seharusnya
diaplikasikan oleh guru kerana mampu meningkatkan keyakinan diri murid dalam
menyampaikan idea. Berikut merupakan peranan improvisasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu:
Peranan Improvisasi
|
Huraian
|
Meningkatkan daya
imaginasi
|
Daya imaginasi murid
dapat ditingkatkan kerana teknik ini
dapat mencerna atau mencapah daya pemikiran murid ke tahap yang
optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid
dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan
merangsang otak mereka untuk lebih berfikir.
|
Merangsang kemahiran bahasa
|
Guru dapat menggalakkan murid untuk
berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi
terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini
menuntut murid berdialog secara spontan.
Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu
sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa
secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga
boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian
dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan
yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.
|
Mewujudkan suasana menyeronokkan
|
Aktiviti improvisasi
terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid
berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkolaborasi sesama ahli
kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal. Berlakon merupakan satu
aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk
bermain dan bersuka ria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara
bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama
sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri
, bekerja bersama-sama dan sebagainya.
|
Pembelajaran kolaboratif
|
Pengaplikasian teknik
improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif kerana
selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan
masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling
bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan
berkembang untuk menjadi murid kolaboratif.
|
Pengurusan masa
|
Pengurusan masa yang
cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid diberikan masa
yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu
cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang
diberikan dalam jangka masa yang telah ditetapkan guru.
|
Meningkatkan keyakinan diri
|
Improvisasi memerlukan
murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga
dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan
membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak
penonton.
|
Ulasan
Catat Ulasan