Analisis Aspek Seni Bahasa dalam Bahasa Melayu KSSR

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin


Modul Seni Bahasa merupakan salah satu modul yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah signifikan dengan pendekatan modular yang diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2011. Modul tersebut memberi fokus terhadap keindahan dan kehalusan dalam menginterpretasikan penggunaan bahasa. Tujuan modul ini diperkenalkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah adalah untuk mengukuhkan berbahasa dalam kalangan murid berdasarkan aspek kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pembelajaran secara didik hibur merupakan strategi pembelajaran yang diberi penekanan oleh Modul Seni Bahasa yang mana menyediakan akiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyenorokkan kepada murid. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, terdapat empat Standard Kandungan yang mengandungi beberapa Standard Pembelajaran yang difokuskan.
Standard Kandungan Modul Seni Bahasa yang yang pertama memberi fokus terhadap aktiviti nyanyian iaitu 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur dan dibahagikan dua Standard Pembelajaran iaitu 4.1.1 dan 4.1.2 seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 1. Standard Pembelajaran tersebut adalah berbeza mengikut tahap dan peringkat murid.
Tahun
Standard Pembelajaran
1
4.1.1
Menyebut lirik lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.2
Menyebut dengan jelas dan memahami lirik lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
2
4.1.1
Menyebut lirik lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.2
Memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam lirik lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
3
4.1.1
Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur.
4.1.2
Memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi mesej secara terkawal dan menyampaikan melalui nyanyian secara didik hibur.
4
4.1.1
Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.2
Memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran secara berpandu dan disampaikan melalui nyanyian secara didik hibur.
5
4.1.1
Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian sambil berlakon.
4.1.2
Memahami dan mengubah suai seni kata lagu secara berpandu dan mempersembahkannya melalui nyanyian secara didik hibur.
6
4.1.1
Menyebut dan memahami seni kata lagu dengan melahirkan imaginasi melalui penghasilan karya sastera.
4.1.2
Memahami dan mengubah suai seni kata lagu secara bebas dan mempersembahkannya melalui nyanyian secara didik hibur.
Jadual 1: Standard Pembelajaran bagi Standard Kandungan 4.1 Modul Seni Bahasa
Pada Tahap 1, Standard Pembelajaran 4.1.1 lebih memberi fokus terhadap aktiviti menyebut dan memahami lirik lagu serta mempersembahannya dalam bentuk nyanyian secara didik hibur. Untuk Tahun 1, murid dikehendaki untuk menyebut lirik lagu melalui nyanyian secara didik hibur. Manakala, untuk Tahun 2 pula, murid perlu menyebut lirik lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. Murid pada Tahun 3 pula perlu memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi mesej secara terkawal dan menyampaikan melalui nyanyian secara didik hibur. Berbeza pula dengan Tahap 2 yang mana aktiviti bagi Standard Pembelajaran 4.1.1 lebih menjurus ke arah aktiviti menyebut dan memahami lirik lagu serta mengimplementasikannya dalam pelbagai bentuk seperti nyanyian, lakonan dan karya sastera. Bagi Tahun 4, murid dikehendaki untuk menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.1.1 bagi Tahun 5 memerlukan murid untuk menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian sambil berlakon. Manakala, murid pada Tahun 6 pula dikehendaki untuk menyebut dan memahami seni kata lagu dengan melahirkan imaginasi melalui penghasilan karya sastera.
Standard Pembelajaran 4.1.2 bagi Tahap 1 memberi penekanan kepada aktiviti menyebut, memahami dan menghasilkan lirik lagu secara terkawal serta mempersembahkannya dalam bentuk nyanyian secara didik hibur. Pada Tahun 1, Standard Pembelajaran tersebut mengkehendaki murid untuk menyebut dengan jelas dan memahami lirik lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur. Pada Tahun 2 pula, aspek yang diberi perhatian oleh Standard Pembelajaran tersebut ialah memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam lirik lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur. Bagi Tahun 3, aspek yang diberi penekanan ialah Memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi mesej secara terkawal dan menyampaikan melalui nyanyian secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.1.2 pada Tahap 2 menekanan terhadap aktiviti memahami, menghasilkan dan mengubah suai lirik lagu serta mempersembahkannya secara didik hibur. Pada Tahun 4, Standard Pembelajaran tersebut memerlukan murid untuk memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran secara berpandu dan disampaikan melalui nyanyian secara didik hibur. Manakala, Standard Pembelajaran 4.1.2 pada Tahun 5 menfokuskan  ke arah kemampuan murid dalam. Bagi Tahun 6, murid perlu memahami dan mengubah suai seni kata lagu secara berpandu dan mempersembahkannya melalui nyanyian secara didik hibur.
Aktiviti bercerita merupakan fokus yang diberi penekanan dalam Standard Kandungan Modul Seni Bahasa yang kedua iaitu 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik  hibur dan dipecahkan dua Standard Pembelajaran iaitu 4.2.1 dan 4.2.2 seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 2. Aras kesukaran bagi Standard Pembelajaran tersebut semakin meningkat mengikut peringkat umur murid.
Tahun
Standard Pembelajaran
1
4.2.1
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
4.2.2
Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang  kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
2
4.2.1
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur.
4.2.2
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat serta menggunakan mimik muka yang sesuai melalui penceritaan secara didik hibur.
3
4.2.1
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan susunan idea yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur.
4.2.2
Mengujarkan idea yang tepat dengan menggunakan bahasa yang indah serta gaya yang sesuai untuk menyampaikan mesej melalui penceritaan secara didik hibur.
4
4.2.1
Mengujarkan ayat yang gramatis dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas serta susunan idea yang tepat semasa bercerita secara didik hibur.
4.2.2
Mengujarkan idea yang tepat menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis serta bahasa badan yang sesuai semasa bercerita secara didik hibur.
5
4.2.1
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan laras bahasa yang sesuai semasa bercerita.
4.2.2
Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif.
6
4.2.1
Mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dengan  sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
4.2.2
Mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk menyampaikan idea dengan
bahasa badan yang kreatif.
Jadual 2: Standard Pembelajaran bagi Standard Kandungan 4.2 Modul Seni Bahasa
 Standard Pembelajaran 4.2.1 bagi Tahap 1 menekankan aktiviti mengujarkan ayat secara mekanis melalui penceritaan secara didik hibur.  Pada Tahun 1, Standard Pembelajaran tersebut mengkehendaki murid untuk mengujarkan ayat dengan menekankan aspek sebutan yang betul sahaja bagi menyampaikan cerita. Pada Tahun 2 pula, aspek yang diberi perhatian oleh Standard Pembelajaran tersebut ialah mengujarkan ayat dengan menggunakan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat dalam menyampaikan cerita. Bagi Tahun 3, aspek yang diberi penekanan ialah sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan susunan idea yang tepat dalam mengujarkan ayat menerusi penceritaan secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.2.1 bagi Tahap 2 memberi perhatian terhadap aktiviti mengujarkan ayat dan cerita secaara mekanis dengan memberi penambahan terhadap elemen kegramatisan ayat, laras bahasa dan keindahan bahasa. Pada Tahun 4, Standard Pembelajaran tersebut memerlukan murid untuk mengujarkan ayat yang gramatis dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan susunan idea yang tepat dalam menyampaikan cerita. Manakala, Standard Pembelajaran 4.2.1 pada Tahun 5 menfokuskan  ke arah kemampuan murid dalam mengujarkan ayat menerusi aktiviti penceritaan dengan mengambil kira sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan menggunakan laras bahasa yang sesuai. Bagi Tahun 6, murid perlu mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas berdasarkan Standard Pembelajaran tersebut.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Standard Pembelajaran 4.2.2 bagi Tahap 1 sekolah rendah memberi fokus terhadap aktiviti mengujarkan ayat secara mekanis serta menggunakan pergerakan yang sesuai melalui penceritaan secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.2.2 bagi Tahun 1 memerlukan murid untuk mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta menggunakan bahasa badan yang kreatif dalam menyampaikan cerita. Untuk Tahun 2, perkara yang diberi perhatian oleh Standard Pembelajaran tersebut ialah kebolehan murid dalam mengujarkan ayat secara mekanis dan pemilihan diksi yang tepat serta menggunakan mimik muka yang sesuai ketika bercerita. Pada Tahun 3 pula, kebolehan murid dalam mengujarkan idea yang tepat dengan menggunakan bahasa yang indah serta gaya yang sesuai adalah aspek yang ditekankan. Standard Pembelajaran 4.2.2 bagi Tahap 2 menjurus kepada aktiviti mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dengan mengambil kira aspek kegramatisan ayat dan penggunaan bahasa badan yang kreatif. Bagi Tahun 4, kemampuan murid dalam mengujarkan idea yang tepat menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis serta bahasa badan yang sesuai semasa bercerita adalah fokus yang diberikan. Berbeza pula dengan Tahun 5 yang mana murid dikehendaki untuk mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah serta bahasa badan yang kreatif sebagai medium untuk menyampaikan idea. Bagi Tahun 6, murid dikehendaki bercerita dengan menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis serta menggunakan bahasa badan secara kreatif.
Standard Kandungan yang ketiga dalam Modul Seni Bahasa ialah 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur yang mana lebih berfokus ke arah aspek didir hibur secara lakonan. Standard Kandungan tersebut pula dipecahkan kepada dua Standard Pembelajaran iaitu 4.3.1 dan 4.3.2 dan berbeza mengikut tahap pembelajaran murid berdasarkan peringkat umur seperti mana yang ditunjukkan oleh Jadual 3.
Tahun
Standard Pembelajaran
1
4.3.1
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
4.3.2
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta mengggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
2
4.3.1
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui lakonan spontan secara didik hibur.
4.3.2
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, diksi yang tepat dan mimik muka yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.
3
4.3.1
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.
4.3.2
Memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi mesej secara terkawal dan menyampaikan melalui nyanyian secara didik hibur.
4
4.3.1
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.
4.3.2
Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahan rangsangan untuk menyampaikan nilai dan pengajaran dengan bahasa badan yang sesuai
5
4.3.1
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.
4.3.2
Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahan rangsangan untuk menyampaikan nilai murni dengan menggunakan bahasa yang indah dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan.
6
4.3.1
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul, dan jelas, bahasa yang indah serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.
4.3.2
Mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan mesej menggunakan bahasa yang indah serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.
Jadual 3: Standard Pembelajaran bagi Standard Kandungan 4.3 Modul Seni Bahasa
Standard Pembelajaran 4.3.1 bagi Tahap satu menekankan aktiviti mengujarkan dialog secara mekanis. Pada Tahun 1, Standard Pembelajaran tersebut mengkehendaki murid untuk mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur. Untuk Tahun 2, penekanan yang diberikan adalah sama seperti Tahun 1, akan tetapi mengambil kira aspek pemilihan diksi yang tepat dalam mengujarkan dialog menerusi aktiviti lakonan.  Bagi Tahun 3 pula, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta bahasa badan yang sesuai  dalam mengujarkan dialog menerusi aktiviti lakonan merupakan aspek yang diberi perhatian oleh Standard Pembelajaran tersebut. Standard Pembelajaran 4.3.1 pada Tahun 2 menekankan aktiviti mengujarkan dialog secara mekanis dengan mengambil kira aspek bahasa badan yang bersesuaian dengan konteks dialog yang diujarkan. Bagi Tahun 4, Standard Pembelajaran tersebut mengkehendaki murid untuk mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur. Berbeza pula dengan Tahun 5 yang mana Standard Pembelajaran tersebut memerlukan murid untuk mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan. Pada Tahun 6, murid dikehendaki mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, bahasa yang indah serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah, Standard Pembelajaran 4.3.2 bagi Tahap 1 menekankan aktiviti mengujarkan dialog secara mekanis dengan menggunakan pergerakan yang sesuai. Bagi Tahun 1, Standard Pembelajaran 4.3.2 menguji kebolehan murid dalam mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta mengggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. Aras kesukaran Standard Pembelajaran tersebut pada Tahun 2 ditingkatkan apabila murid dikehendaki untuk memilih diksi yang tepat dan menggunakan mimik muka yang sesuai dalam mengujarkan dialog menerusi lakonan secara didik hibur. Pada Tahun 3, kebolehan murid dalam mengujarkan dialog secara spontan dengan penggunaan bahasa badan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui aktiviti lakonan secara didik hibur amatlah dititikberatkan. Standard Pembelajaran 4.3.2 bagi Tahap 2 memberi perhatian terhadap aktiviti mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan sesuatu perkara.  Untuk Tahun 4, Pada tahun 4, Standard Pembelajaran 4.3.2 mengkehendaki murid untuk mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan nilai dan pengajaran menerusi penggunaan bahasa badan yang bersesuaian. Perkara tersebut berbeza dengan Standard Pembelajaran 4.3.2 bagi tahun 5 yang Standard Pembelajaran tersebut memerlukan murid untuk mengujarkan dialog menyampaikan nilai murni dengan menggunakan bahasa yang indah dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan. Pada Tahun 6 pula, murid mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan mesej menggunakan bahasa yang indah serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan seperti mana yang terkandung dalam Standard Pembelajaran tersebut.
Standard Kandungan Modul Seni Bahasa yang keempat iaitu  4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur memberi fokus terhadap aspek puisi moden dan tradisional. Dalam Standard Kandungan tersebut, terdapat dua Standard Pembelajaran iaitu 4.4.1 dan 4.4.2 bagi setiap peringkat murid bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Menurut Standard Pembelajaran tersebut, puisi yang difokuskan pada Tahap 1 ialah pantun, manakala Tahap 2 pula memberi fokus terhadap beberapa puisi iaitu pantun, sajak dan syair seperti mana yang ditunjukkan olej Jadual 4.
Tahun
Standard Pembelajaran
1
4.4.1
Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.
4.4.2
Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
2
4.4.1
Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.
4.4.2
Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.
3
4.4.1
Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
4.4.2
Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.
4
4.4.1
Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajak tersebut.
4.4.2
Membina dan memahami sajak secara terkawal dan mendeklamasikannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.
5
4.4.1
Melagukan syair dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta memahami syair tersebut.
4.4.2
Membina syair secara terkawal dan melagukannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami syair tersebut.
6
4.4.1
Melafazkan puisi dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul serta memahami puisi tersebut.
4.4.2
Mencipta puisi menggunakan bahasa yang indah dan melafazkannya dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta memahami puisi tersebut.
Jadual 4: Standard Pembelajaran bagi Standard Kandungan 4.4 Modul Seni Bahasa
Standard Pembelajaran 4.4.1 pada Tahap 1 memberi fokus terhadap aktiviti melafazkan dan memahami pantun dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas. Pada Tahun 1, murid hanya melafazkan puisi yang mudah iaitu pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur. Setelah murid tahu melafazkan pantun dua kerat pada Tahun 1, aras kesukaran bertambah pada Tahun 2 apabila murid dikehendaki untuk melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.4.1 bagi Tahun 3 adalah sama dengan Taun 2 tetapi mengambil kira aspek penggunaan bahasa yang indah dalam melafazkan pantun. Berbeza dengan Tahap 2 yang mana Standard Pembelajaran 4.4.1 pada tahap tersebut menekankan aktiviti melafazkan pelbagai jenis puisi, tidak seperti Tahap 1 yang hanya terhad kepada pantun. Pada Tahun 4, Standard Pembelajaran tersebut memerlukan murid untuk mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajak yang dilafazkan. Akan tetapi, Standard Pembelajaran 4.4.1 pada Tahun 5 memberi penekanan terhadap aktiviti melagukan syair dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta memahami maksud syair tersebut. Untuk murid Tahun 6, puisi yang dilafazkan adalah tidak terhad kepada puisi tertentu sahaja, tidak seperti pada peringkat sebelumnya.
Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, aktiviti yang diberi perhatian oleh Standard Pembelajaran 4.4.2 pada Tahap 1 ialah membina pantun secara berpandu dan melafazkan pantun dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas. Bagi Tahun 1, aktiviti yang diberi tumpuan ialah melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami pantun yang dilafazkan. Tingkat kesukaran Standard Pembelajaran 4.4.2 ditingkatkan apabila murid dikehendaki untuk membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkan pantun tersebut dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas. Untuk Tahun 3, aktiviti bagi Standard Pembelajaran 4.4.2 adalah sama seperti Tahun 2, tetapi lebih menekankan sebutan yang betul dan jelas, tidak seperti Tahun 2 yang hanya menekankan sebutan yang betul sahaja. Standard Pembelajaran 4.4.2 bagi Tahap 2 menjurus kepada aktiviti membina dan mencipta pelbagai puisi serta melafazkannya demgam sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Pada Tahun 4, murid dikehendaki untuk membina dan memahami sajak secara terkawal dan mendeklamasikannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur. Tahun 5 pula, murid dikehendaki untuk membina syair secara terkawal dan melagukannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami syair tersebut. Manakala, Tahun 6 pula mengkehendaki murid untuk mencipta pelbagai jenis puisi dengan menggunakan bahasa yang indah dan melafazkannya dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta memahami puisi tersebut.
Secara kesimpulan, Modul Seni Bahasa mengandungi empat Standard Kandungan yang utama iaitu 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur, 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik  hibur, ialah 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur dan 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Standard Kandungan 4.1 menfokuskan aktiviti nyanyian, Standard Kandungan 4.2 menekankan aktiviti bercerita, Standard Kandungan 4.3 menekankan aktiviti lakonan dan Standard Kandungan 4.4 menekankan aspek puisi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Binaan Plot