Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Hala Tuju Sistem Pendidikan Negara

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Sufean Hussin (2004), bidang pendidikan  sentiasa  mengalami transformasi signifikan dengan keperluan arus globalisasi. Transformasi tersebut membawa kepada perubahan dalam  dasar dan hala tuju bidang pendidikan.    Dalam konteks sistem pendidikan Malaysia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menetapkan hala tuju sistem pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara dapat dilihat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilihat sebagai satu perancangan yang sistematik ke arah meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Secara amnya, terdapat beberapa hala tuju yang difokuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Hala tuju sistem pendidikan Malaysia seperti yang digariskan dalam  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Dalam hal ini, KPM telah melakukan penambahba