Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Kepada Guru

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Mook Soon Sang (2009), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh orang yang lebih dewasa, yang lebih berpengalaman dan yang lebih berilmu pengetahuan. Berdasarkan pernyataaan tersebut, guru sebagai seorang pendidik merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam memperkembang kognitif kanak-kanak untuk mencapai satu tahap yang optimum. Dalam mengembangkan kognitif murid-murid, guru seharusnya menguasai teori-teori perkembangan kanak-kanak yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky (1934-1986) agar perkembangan kognitif tersebut dapat dilakukan secara sistematik dan holistik. Penguasaan terhadap toeri perkembangan kognitif adalah penting kepada guru dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini demikian kerana, teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky menjadi kuasa dominan dalam metodologi dan pemikiran yang berkaitan dengan psikologi kognitif (Wong Kiet Wah

Keunikan Tamadun Cina yang Kekal sehingga Kini

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (2009) menyatakan bahawa pembinaan tamadun China berasaskan peranan sungai Hwang Ho yang telah menyuburkan    kawasan sekitarnya. Keadaan tersebut menarik pendudukan nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan tersebut. Kemunculan Tamadun China dapat dikesan menerusi penemuan bukti arkeologi iaitu tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Man yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400 000 S.M.. Tapak Banpo yang berdekatan dengan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di kawasan tersebut menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal Tamadun China telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho. Menurut Abdullah Alwi Hassan (2000), Tamadun China yang telah wujud sejak sekian lama mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan

Faktor Mempengaruhi Interaksi antara Kepelbagaian Tamadun di Asia

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Mohd Mokhtar Shafie (1986), interaksi antara tamadun yang terdapat  di Asia seperti Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India telah lama berlaku atas beberapa faktor dan tujuan tertentu. Melalui interaksi yang dilakukan, tamadun-tamadun tersebut mengasimilasikan pelbagai aspek politik, ekonomi dan sosial yang terdapat sesebuah tamadun ke dalam tamadun tersebut. Perkara tersebut adalah penting bagi sesebuah tamadun ke arah meningkatkan tahap ketamadunan tamadun tersebut sama ada dari segi lahiriah mahupun rohaniah. Hal ini dapat dilihat menerusi pencapaian setiap tamadun tersebut dalam pelbagai bidang seperti bahasa, kesusasteraan, keagamaan, sains dan teknologi, perubatan dan lain-lain. Sebagai tamsilan, i nteraksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah menyebabkan agama Buddha tersebar . Hal ini bermakna, interaksi antara tamadun mendatangkan implikasi terhadap tamadun tersebut. Interaksi berlaku melalui proses cara ya

Konsep Tamadun

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Nik Shuhaimi Nik Abdul Rahman et al. (2009), perkataan  tamadun  berasal daripada bahasa Arab, iaitu perkataan  mudun  dan  madain . Satu lagi perkataan bahasa Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun iaitu madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Berdasarkan sudut epistimologi, perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah  civilization  yang berasal daripada perkataan Greek, iaitu  civitas  yang bermaksud bandar (Chandra Muzaffar et al., 2007). Dalam erti kata yang lain, istilah civilization tersebut sebagai kemajuan manusiawi. Perkara tersebut merujuk kepada kemajuan jati diri manusia dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat.             Abdul Rahman Abdullah (2000) menyatakan bahawa setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi mereka yang tersendiri mengenai konsep tamadun. Berdasarkan perspektif masyarakat Barat, tamadun d