Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Kepentingan Fonetik dan Fonologi kepada Guru Bahasa Melayu

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Fonetik dan fonologi merupakan salah satu cabang bidang linguistik yang mengkaji bahasa secara saintifik (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Bidang fonetik adalah suatu bidang kajian mengenai cara menghasilkan bunyi menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk tujuan bertutur. Manakala, aspek sistem bahasa merupakan fokus kajian aspek fonologi. Fonetik dan fonologi memainkan peranan yang amat penting dalam konteks pertuturan harian. Dalam konteks pendidikan di sekolah, bidang ini perlulah dikuasai oleh guru bahasa   Melayu kerana dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Terdapat banyak manfaat yang diperoleh oleh guru bahasa seandainya mereka menguasai bidang ini. Awang Sariyan (1985) menyatakan bahawa kepentingan ilmu fonetik dan fonologi kepada guru bahasa dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dapat membantu para pelajar untuk bertutur dengan menggunakan sebutan baku. Penggunaa

Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria.  Menurut Wong Kiet Wat et al . (2013)   menerusi bukunya yang bertajuk  Perkembangan Kanak-kanak,  perkembangan kognitif ditakrifkan sebagai satu proses keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioemosi, fizikal dan penguasaan terhadap kemahiran berbahasa. Proses kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang menjadi asas kepada pengetahuan. Proses tersebut meliputi segala aktiviti mental seperti mengingat, membuat perwakilan simbol, menklasifikasikan, menyelesaikan masalah, mereka cipta dan daya imaginasi. Proses ini melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah di samping memahami dan menganalisa masalah tersebut . Raugbir Kaur Joginder Singh (2013) dalam bukunya yang bertajuk  Panduan Ilmu Pendi

Fungsi Kritikan Sastera

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Hashim Awang (1985), kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan apresiasi terhadap hasil genre kreatif yang lain, seperti puisi, novel, cerpen dan drama. Kritikan terhadap sesuatu karya kesusasteraan dilakukan secara internal dan eksternal. Kajian secara internal merujuk kepada aktivit menganalisis teks berdasarkan meneliti hal strukturnya, diksi, makna cerita, dan kemungkinan ketaksaan atau ambiguiti. Manakala, kritikan secara eksternal menekankan konteks atau dominasi kepada faktor di luar teks. Oleh yang demikian, kritikan dihubungkaitkan dengan biodata pengarang sesuatu karya yang merangkumi pendidikan, profesion, ideologi, agama dan budaya serta pengaruh persekitaran. Kritikan sastera merupakan cabang ilmu yang mempunyai beberapa fungsi tertentu. Antara fungsi kritikan sastera ialah untuk menentukan

Analisis Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Konteks Kurikulum Masa Kini

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Sufean Hussien (2004), bidang pendidikan merupakan suatu bidang yang bersifat dinamik. Hal ini demikian kerana, bidang pendidikan berubah mengikut peredaran masa. Dalam konteks sistem pendidikan negara, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) bermula pada tahun 2011 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digunakan sejak tahun 1982. Penggubalan KSSR dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam mentransformasikan sistem pendidikan negara agar relevan keperluan semasa. Dalam membuat transofrmasi kurikulum, KPM telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju untuk memastikan KSSR setanding dengan sistem pendidikan global. Alimuddin Mohd. Dom (2015) menyatakan bahawa KSSR digubal berdasarkan bentuk pernyataan standard yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum