Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Pengaruh Islam Terhadap Sistem Politik Masyarakat Melayu

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenalkan beberapa unsur baharu kepada amalan pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu. Ini telah berlaku terutamanya dalam institusi kesultanan dan juga perundangan. Sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sejak sebelum kedatangan Islam ialah institusi pemerintahan beraja. Institusi raja ini telah dipengaruhi oleh tradisi Hindu-Buddha yang dikenali sebagai konsep  dewa-raja . Kedatangan Islam telah mengubah kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu. Golongan raja telah mula menitikberatkan konsep-konsep Islam. Misalnya, istilah bagi sultan , Zillullah fil-alam  dan  Zillullah fil-ardh  yang bermakna bayangan Allah di muka bumi telah mula digunakan. Konsep ini menjadi teras institusi raja dan memberikan suatu pengesahan berlandaskan Islam terhadap kewibawaan seorang raja tersebut. Para pemerintah juga telah menggunakan gelaran seperti  Khalifatul Mukminin  yang b

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi Masyarakat Melayu

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Kemunculan Islam turut membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi. Secara amnya, kedudukan Asia Tenggara terletak di tengah-tengah perjalanan di antara timur dan barat. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini menjadi pusat persinggahan dan tumpuan pedagang. Sejak abad pertama Masihi lagi muncul kerajaan-kerajaan yang memberikan perhatian kepada aktiviti perdagangan seperti Funan, Srivijaya, Kedah Tua dan seumpamanya. Kehadiran agama Islam telah memperlihatkan pembabitan kerajaan-kerajaan Islam seperti Melaka, Acheh, Brunei, Sulu, Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu dalam arus perdagangan utara-selatan ini. Malahan, sejarah ekonomi orang Melayu antara abad ke-14 hingga abad ke-15 sering kali dikaitkan dengan perdagangan, pentadbiran negara dan perkembangan agama Islam. Aktiviti perdagangan yang diceburi oleh orang Melayu telah merangsang perkembangan yang berkaitan dengannya seperti penggunaan mata wang, percukaian d