Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Teori-teori Semantik

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Secara tradisional, semantik melibatkan kajian interpretasi konotatif, rujukan denotatif, syarat benar, struktur argumentasi dan peraturan tema yang kesemuanya mempunyai pertalian dengan sintaksis atau ayat (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Semantik membekalkan kajian makna ayat untuk bahasa dengan cara menghuraikan makna secara spesifik. Brown dan Yule (1983) dalam Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi (1992) menyatakan bahawa semantik dianalisis melalui sintaksis yang melibatkan wacana atau teks secara keseluruhan. Untuk menganalisis makna dalam sesuatu bahasa, terdapat banyak tokoh linguistik menganalisis bahasa menggunakan teori-teori semantik tertentu. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam menganalisis makna. Namun demikian, tiada satu teori yang relevan diaplikasikan untuk menganalisis makna ujaran dengan lebih tepat. Oleh yang demikian, dalam menganalisis makna, pemilihan teori yang bersesuaian dengan

Sejarah Perkembangan Bidang Semantik

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada perkataan Greek iaitu semantikos yang bermaksud memberi tanda, sesuatu gejala atau tanda serta sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna. Dalam hal ini, makna yang dimaksudkan ialah makna yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Perkataan semantic yang digunakan kini berasal daripada bahasa Perancis, iaitu semantique . Perkataan tersebut telah digunakan oleh Michel Breal sejak abad ke-19. Berdasarkan sejarah linguistik, istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Ilmu semantik telah dikaji sejak tahun 429-347 SM oleh Plato (Faridah Nazir dan Faiziah Shamsuddin, 2016). Plato menyatakan bahawa bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandungi makna-makna tertentu menerusi karyanya yang bertajuk Crafylus . Seterusnya, Aristotle (384-322 SM) m