Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Menurut Thomas (2002), perkembangan kognitif murid perlu dilakukan mengikut kemampuan murid pada tahap tertentu seperti mana yang dinyatakan dalam teori  perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky (1934-1986). Teori perkembangan kognitif tersebut memainkan peranan penting kepada guru dalam membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif mereka melalui pendekatan yang bersesuaian. Hal ini demikian kerana, daya kognitif murid adalah berbeza berdasarkan peringkat dan tahap perkembangan tersebut. Dalam memperkembang daya kognitif pelajar, guru telah mengaplikasikan teori perkembangan kognitif tersebut dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara tersebut dilakukan bagi memastikan setiap murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru.
Teori perkembangan kognitif tersebut diaplikasikan oleh guru dalam memilih bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif murid. Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa bahan pengajaran harus sesuai dengan keupayaan murid dalam menaakul memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Jeanne Ellis (2007), proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya bermula dengan bahan konkrit dan barulah kepada abstrak. Berdasarkan pernyataan tersebut, guru menggunakan bahan bantu mengajar konkrit untuk mengajar murid-murid pada perkingkat operasi konkrit. Menurut Wong Kiet Wah et al (2013), murid-murid pada peringkat operasi konkrit masih belum bersedia menyelesaikan masalah-masalah secara abstrak atau pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis. Kebanyakan guru di sekolah rendah menggunaan bahan bantu mengajar konkrit untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pelajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh itu, guru mengamalkan beberapa contoh dan perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-murid pada peringkat operasi konkrit terhadap sesuatu mata pelajaran. Murid yang berada pada peringkat operasi formal mampu menyelesaikan masalah melibatkan proses kognitif yang kompleks. Pemikiran mereka juga tidak lagi tertumpu kepada objek konkrit semata-mata, namun dapat memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Pada peringkat operasi formal, guru menggunaan bahan bantu mengajar dalam bentuk komunikasi media (Mohd Safarin Nordin et al, 2008). Salah satu bentuk komunikasi media yang digunakan oleh guru untuk mengajar ialah komputer. Guru yang mengajar murid pada peringkat operasi menggunakan komputer untuk menyampaikan konsep yang abstrak bagi meningkatkan pengetahuan murid terhadap konsep tertentu. Hal ini demikian kerana, murid pada peringkat operasi formal sudah mampu memahami sesuatu konsep tanpa bantuan bahan bantu mengajar konkrit seperti mana yang diperlukan oleh murid yang berada pada peringkat operasi konkrit. Ringkasnya, teori perkembangan kognitif diaplikasikan oleh guru dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap perkembangan kognitif murid agar murid dapat memahami konsep yang hendak disampaikan oleh guru.
Guru mengaplikasikan toeri perkembangan kognitif tersebut dalam memberi bimbingan kepada murid untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan ketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986), daya kognitif kanak-kanak berkembang melalui interaksi sosial kanak-kanak tersebut dengan individu yang lebih berpengetahuan dalam sesuatu perkara berbanding dengan dirinya (Mok Soon Sang, 2009).  Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran, guru merupakan individu yang berpengalaman terhadap sesuatu konsep dalam pembelajaran dan berperanan untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap konsep tersebut. Untuk memudahkan murid memahami konsep yang diterangkan, guru memberikan bimbingan terarah kepada murid seperti mana yang digariskan oleh zon perkembangan proksimal dalam teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986). Zon perkembangan proksimal merupakan lingkungan kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugas-tugas dengan berjaya yang merangkumi tahap perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi. Tahap perkembangan sebenar atau had bawah merujuk kepada satu peringkat di mana seseorang individu tersebut mampu melakukan sesuatu  tanpa bimbingan daripada individu yang lain. Manakala, tahap perkembangan berpotensi atau had atas merupakan satu peringkat yang mana individu dapat melakukan sesuatu dengan bantuan individu lain yang lebih kompeten (Wong Kiet Wah et al, 2013). Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan zon perkembangan proksimal dengan menetapkan objektif pada had atas untuk dicapai oleh murid. Objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru adalah lebih tinggi daripada pencapaian belajar. Guru memberi bimbingan kepada murid sekiranya murid menghadapi masalah dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diarahkan oleh guru. Bimbingan guru tersebut akan membantu pelajar untuk meningkatkan daya kognitif mereka pada peringkat berpotensi atau had atas dalam zon perkembangan proksimal. Intihanya, teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986) yang menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku melalui interaksi dengan individu yang lebih berpengetahuan diaplikasikan oleh guru dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran apabila guru membimbing murid dalam memahami konsep yang diajarkan oleh guru tersebut agar murid dapat mencapai had atas dalam zon perkembangan proksimal.
Salah satu aspek teori perkembangan kognitif yang diaplikasi oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru menggalakkan murid menyelesaikan masalah untuk memahami konsep tertentu yang diajarkan oleh guru. Kaedah penyelesaian masalah memerlukan murid membuat aplikasi  menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah dipelajari untuk membina konsep (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012).  Teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) menyatakan bahawa guru seharusnya mengelakkan diri daripada berperanan sebagai penyampai maklumat, sebaliknya guru menyediakan peluang untuk murid-murid membuat penerokaan dan penemuan konsep yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran (Wong Kiet Wah et al, 2013). Hal ini bermakna, kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar. Guru Hanya berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan bahan-bahan untuk murid melalui penglibatan aktif agar dapat berfikir secara logik tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid tersebut. Cara pemikiran murid perlu dicabar sebagai langkah untuk memaksa murid tersebut meluaskan pengetahuan sedia ada untuk meningkatkan pengetahuan mereka terhadap konsep yang disampaikan oleh guru. Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran, guru memberi galakan kepada murid untuk meningkatkan pengetahuan mereka dengan menjalankan eksperimen khususnya bagi mata pelajaran Sains. Deduksinya, teori perkembangan kognitif tersebut diaplikasikan oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengalakkan murid menyelesaikan masalah untuk memahami sesuatu konsep.
Di samping itu, teori perkembangan kognitif tersebut juga diaplikasikan oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu guru memberikan arahan dan menerangkan sesuatu konsep dengan jelas bagi memudahkan murid memahami tentang apa yang guru sampaikan (Mok Soon Sang, 2009). Ketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan perbendaharaan kata yang jelas dan mudah difahami oleh murid. Ketika mengajar, guru memberikan penerangan yang jelas mengenai konsep yang diajarkan kepada murid dan disertai oleh contoh-contoh yang relevan. Keadaan tersebut dapat membantu murid untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap konsep tertentu yang diajarkan oleh guru. Ketika guru  mengarahkan murid untuk menyelesaikan sesuatu tugasan, guru hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid agar murid dapat mentafsir arahan guru tersebut dengan baik bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Menurut teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986), penggunaan bahasa yang mudah difahami memainkan peranan penting dalam mengembangkan daya kognitif murid. Konklusinya, teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986) yang menekankan peranan bahasa dalam memperkembang kognitif murid diaplikasikan dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran iaitu guru memberikan arahan dan menerangkan sesuatu konsep dengan jelas bagi memudahkan murid memahami tentang apa yang guru ajarkan.
Seterusnya, toeri perkembangan kognitif juga guru aplikasikan dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran iaitu guru menggalakkan murid untuk belajar secara berkumpulan iaitu melaksanakan model pembelajaran koperatif. Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran secara koperatif membawa maksud aktiviti pembelajaran sekumpulan murid di bawah bimbingan guru menggalakkan pertukaran idea melalui perbincangan atau menumbang kemahiran masing-masing dengan tujuan menyelesaikan masalah atau menjalankan sesuatu projek ditugaskan. Noriati A. Rashid (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif yang dipelopori oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang berupaya mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan murid. Noriati A. Rashid (2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan seimbang dan akautabiliti individu.  Perkara tersebut signifikan dengan teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986) yang mengalakkan strategi pembelajaran secara koperatif dalam meningkatkan daya kognitif murid ke peringkat yang seterusnya. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial (. Secara ringkas, pembelajaran secara berkumpulan yang ditekankan oleh teori perkembangan kognitif diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran koperatif iaitu mengalakkan murid belajar secara berkumpulan bagi meningkatkan daya kognitif mereka.
Secara kesimpulan, teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky (1934-1986) diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengaplikasian toeri perkembangan kognitif adalah penting dalam memastikan murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru agar mereka dapat meningkatkan daya kognitif mereka. Perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori perkembangan kognitif tersebut juga dapat membantu guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan dengan lebih efektif. Teori perkembangan kognitif tersebut adalah penting untuk diaplikasikan oleh guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep yang diajarkan oleh guru.  Guru mengaplikasikan teori perkembangan kognitif tersebut dalam konteks merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan perkembangan kognitif murid berkembang secara sistematik.
Sumbangan penting Jean Piaget dan Lev Vygotsky harus dianalisis dari segi perkembangan pemikiran pelajar iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkah laku. Keperluan guru memerhati pelajar dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Piaget dan Vygotsky dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Pemprosesan informasi membincangkan bagaimana pelajar menerima dan mengorganisasikan informasi dalam memori.
 Pendekatan pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai model tentang bagaimana minda memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmu pengetahuan yang telah dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran yang menjelaskan bagaimanapelajar belajar dengan bantuan proses kognitif. Fokus kepada teori ini, menerangkan bagaimana pelajar mengalami dan memahami makan dan mengingatkan semua informasi dan ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui proses kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran formal di sekolah dan tidak formal iaitu di persekitaran mereka. Dalam pada itu, dianalisis juga teori perkembangan kognitif Jean Piaget, pengaruh sosiobudaya Lev Vygotsky, pemprosesan informasi, peranan metakognitif dan teori-teori kognitif kontemporari yang diketengahkan muktahir ini.
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980) memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka. Teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004). Teori ini turut menjelaskan perkembangan proses kognitif mengikut tahap umur manusia secara terperinci. Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak. Dalam Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.
Teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986) menyatakan bahawa  perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya. Kebanyakan daripda kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Teori perkembangan tersebut menyatakan bahawa kanak-kanak dapat meningkatkan daya kognitif dengan bimbingan individu yang lebih kompetensi. Menurut teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986), zon perkembangan prosimal (ZPD) ialah jarak di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara bersendirian atau tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui pengusaan ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran.
       Secara holistiknya, proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh teori perkembangan kognitif (Ismail, 1999). Perkara tersebut membuktikan teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1934) dan Lev Vygotsky (1934-1986) memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah. Teori tersebut menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Teori perkembangan kognitif tersebut juga menekankan factor pengalaman sedia ada untuk memikirkan masalah yang dihadapi. Teori perkembangan kognitif tersebut menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid akan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Teori perkembangan kognitif tersebut memberikan implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu