Teknik Plot
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Dalam pada itu, penyusunan plot yang
melibatkan suatu peristiwa dengan peristiwa yang lain tidak semestinya
berurutan mengikut kronologi. Plot boleh bermula dengan bahagian tengah atau
bahagian akhir cerita melalui penggunaan teknik imbas kembali. Kebiasaannya,
penyusunan plot yang menarik ialah plot yang mempunyai urutan peristiwa tidak
mengikut kronologi. Setiap cerpen pada umumnya hanya mempunyai satu plot yang
juga merupakan plot utama. Hal ini demikian kerana, plot bergantung pada jenis
cerpen, iaitu pendek, padat dan ekonomis. Oleh yang demikian, peristiwa utama
yang membangunkan cerita difokuskan manakala peristiwa-peristiwa kecil yang
terdapat dalam karya tersebut hanyalah berfungsi untuk melengkapi dan
menghidupkan peristiwa utama. Untuk novel pula, terdapat subplot atau plot
sampingan selain daripada plot utama. Dalam menghasilkan karya, pengarang
menggunakan pelbagai teknik plot bagi menghasilkan karya yang menarik. Teknik
plot merupakan kaedah yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot
ceritanya agar menarik. Antara teknik plot adalah seperti yang berikut:
Teknik Plot
|
Keterangan
|
Imbas kembali
|
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang
mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh
diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog,
atau monolog dalaman.
|
Imbas muka
|
Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan
bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku
kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat
mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan
berlaku.
|
Saspens
|
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita
yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan
pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
|
Konflik
|
Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau
dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman,
iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan
watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga
digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran.
|
Kejutan
|
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang
berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Lazimnya, kesan yang
timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
|
Dialog
|
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih
daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya
tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan
tema.
|
Pemerian
|
Teknik pemerian digunakan oleh pengarang
untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Hal ini bermaksud,
pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa
secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang
cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung,
contohnya pengarang menggambarkan keadaan di bandar Kuala Terengganu pada
suatu pagi.
|
Sangat bermanfaat
BalasPadammantepp
PadamSangat bagus..๐๐
BalasPadamnice
BalasPadamSaya minta izin gunakan sebagai bahan megajar ya
BalasPadamTak bole
PadamHaha
PadamTerima kasih
BalasPadamUwu
BalasPadamsus
Padamkys
PadamTq
BalasPadamlol . thx
BalasPadamTerima kasih ilmu nya
BalasPadamuntuk kamu dari 5 tahun akan datang
BalasPadamBagus sangattt
BalasPadamSangat bagus
BalasPadamWaww tq, bermanfaat ygy. เท╹ .̮ ╹เท
BalasPadamMinta izin untuk gunakan nota ini sebagai bahan mengajar. Terima kasih.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian
BalasPadamterima kasih.Halim suka ilmu ini
BalasPadamTQ megat sukakannya
BalasPadamrazak love this info
BalasPadam