Pembinaan Emosi dan Psikologi Watak

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin


Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Ismail Mohd Noh (2007), emosi dapat merujuk kepada ungkapan perasaan. Emosi yang berupa perasaan sedih,marah, benci, bingung, gugup dan sebagainya. Dalam drama, seorang pemain harus dapat mengendalikan dan menguasai emosinya. Hal ini penting untuk memberikan warna bagi tokoh yang melakonkan dan untuk menunjang karakter tokoh tersebut. Emosi juga sangat mempengaruhi tubuh, iaitu tingkah laku, roman muka (ekspresi), pengucapan dialog, pernafasan, niat. Niat di sini timbul setelah emosi itu terjadi, misalnya setelah marah maka timbul niat untuk memukul dan sebagainya.
            Terdapat tiga cara dalam melahirkan dan membina emosi watak dalam diri seorang pelakon iaitu melalui peniruan, pernafasan dan ekspresi muka. Dalam kaedah peniruan, para pelakon perlu mendalami terlebih dahulu watak yang ingin dilakukan. Kebiasaannya teknik ini berguna kepada pementasan drama yang mengadaptasikan atau membuat lakonan semula terhadap sesuatu cerita yang sememangnya sudah wujud contohnya, Puteri Gunung Ledang. Para pelakon perlu mendalami dan mengenal watak yang ingin dilakukan dan hal ini meliputi tingkah laku, cara hidup, pergaulan, dialek, kebiasaan dan sebagainya. setelah kita mengenali watak tersebut barulah kita dapat meniru watak tersebut.
Kedua, melalui pernafasan. Terdapat empat cara pernafasan yang biasa dilakukan iaitu pernafasan dada yang mana dalam cara pernafasan ini, kita menyerap udara kemudian kita masukkan ke rongga dada sehingga dada kita membusung. Di kalangan orang-orang teater pernafasan dada biasanya tidak dipergunakan kerana di samping daya tampung atau kapasiti dada untuk Udara sangat sedikit, juga dapat mengganggu gerak/acting kita, kerana bahu menjadi kaku. Selain itu, pernafasan perut. Pernafasan jenis ini memerlukan udara yang kita hirup untuk kita masukkan ke dalam perut sehingga perut kita menggelembung, Pernafasan perut dipergunakan oleh sebahagian dramawan, kerana tidak banyak mengganggu gerak dan daya tampungnya lebih banyak dibandingkan dada, atas pinggul kita juga turut mengembang.
            Di samping itu, pernafasan lengkap. Pada pernafasan lengkap kita mempergunakan dada dan perut untuk menyimpan udara, sehingga udara yang kita serap sangat banyak (maksimum). Pernafasan lengkap dipergunakan oleh sebahagian artis panggung yang biasanya tidak terlalu mengutamakan acting, tetapi mengutamakan vokal. Seterusnya, pernafasan diafragma. Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang apabila kita menyedut udara. Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia dalam percakapan seharian. Pernafasan ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan perut.
            Cara ketiga untuk membina emosi dan psikologi watak adalah dengan melatih ekspresi muka. Ekspresi wajah atau mimik adalah hasil dari satu atau lebih gerakan atau posisi otot pada wajah. Ekspresi wajah merupakan salah satu bentuk komunikasi non-verbal, dan dapat menyampaikan keadaan emosi dari seseorang kepada orang yang mengamatinya. Ekspresi wajah merupakan salah satu cara penting dalam menyampaikan maklumat sosial dalam kehidupan manusia. Melalui ekspresi muka sudah memadai bagi menunjukkan emosi. Sebagai contoh, muka berkerut menunjukkan emosi keliru bercelaru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Binaan Plot