Sejarah Drama di Dunia
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Tahap perkembangan drama terawal berkembang di
Yunani, iaitu sekitar tahun 2300. Pada zaman ini, ada tiga tokoh Yunani
terkenal iaitu Plato, Aristotle, dan Sophocles. Kebanyakkan drama tragedi di
Yunani dibuat berdasarkan lagenda. Drama-drama ini sering membuat penonton
merasa tegang, takut, dan kasihan. Drama komedi bersifat lucu dan kasar sering
mengolok-olakkan tokoh-tokoh terkenal pada zaman itu. Nama-nama terkemuka dalam
sejarah seni drama Yunani pada masa itu ialah Arion, Thespis, Aeschylus
(525-456 SM), Sophocles, dan Euripides (485-406 SM).
Aliran perkembangan drama
berkembang pula beralih ke Rom. Perkembangan drama di Rom berdasarkan pemikiran
dan falsafah teater Yunani, tetapi mempunyai pengaruhnya yang tersendiri di
dalam cerita, panggung, watak dan sebagainya telah ditambah baikan. Antara
seniman teater yang terkenal pada zaman tersebut ialah Lucius Anneus Seneca
(4sm-65 sm) dalam perkembangan teater di Rom, banyak menggunakan teater komedi,
ini kerana masyarakat pada zaman ini sukakan keceriaan dan hiburan sahaja.
Bentuk drama yang terkenal pada zaman Rom ini ialah Tragedi, Farce Pendek dan
Mime. Tahap drama pada zaman Rom tidak begitu lama kerana kejatuhan kerajaan
Rom ketika itu disebabkan peperangan bangsa-bangsa barbar serta munculnya kuasa
gereja yang melarang pertunjukkan teater pada ketika itu.
Manakala, drama di Eropah
lebih menitiberatkan penilaian dari segi keindahan estetikanya daripada sifat-sifat
keagamaan. Pada zaman ini, drama tidak lagi dihadkan kepada perayaan agama
sahaja, tetapi sudah berubah menjadi satu usaha perdagangan yang menguntungkan.
Muncul aliran romantis dan realis yang daripadanya berkembang pada aliran
baharu seperti simbolis, naturalis dan lain-lain yang timbul berikutan
perkembangan pemikiran manusia pada masa itu. Negara di Eropah seperti
Perancis, England, Itali, Sepanyol dan Jerman telah menghasilkan karya drama
yang diolah mengikut keadaan tempatan dalam zaman kegiatan drama di negara
masing-masing. Di Perancis misalnya, muncul tokoh dramatis seperti Pierre
Racine dengan karyanya Andromaque, Phedre dan Brenica. Manakala, di England
telah dimulai oleh Wiiliam Shakespeare dengan karya tragedinya seperti Romeo
and Juliet dan Hamlet serta karya komedinya seperti A Mid-Summer Night’s Dream.
Drama Shakespeare amat digemari oleh kaum bangsawan dan marhean disebabkan
pengolahan cerita dan dialog yang dalam bentuk puisi dan teknik gambaran
perwatakan yang sangat kemas perkembangan peranannya. Di Itali pula, muncul
drama corak drama yang lebih condong kepada komedi yang telah membawa
pembaharuan dalam persembahan untuk dua golongan kelas dalam masyarakat Itali.
Drama Commedia erudita dan Commedia dell’arte merupakan persembahan untuk
rakyat. Oleh itu, dalam drama yang bercorak sebegini, berjaya atau tidaknya
sesebuah lakonan adalah bergantung pada bakat. Selain itu, di Sepanyol telah
muncul teknik persembahan drama yang khusus, memperlihatkan senario atau
peralatan pentas bagi tiap-tiap babak sudah sedia didirikan terlebih dahulu.
Para pelakon hanya perlu pindah dari satu pentas ke satu pentas yang lain dalam
proses mengikut babak tertentu. Seterusnya, di Jerman iaitu sebuah negara
Eropah yang telah membawa perubahan yang terbesar dengan aliran baharu dalam
pertunjukan seni drama, iaitu aliran realis. Tokoh yang bertanggungjawab
membawa aliran ini ialah Ibsen, seseorang yang berbangsa Norway yang menjadi
dramatis terkemuka di Jerman.
Seni drama di Timur
kurang dikaji, keadaan ini berlaku kerana pemerhatian dan kajian dalam bahasa
Inggeris terhadap fenomena drama negara di Barat mengatasi negara di Timur.
Seperti di Barat, kelahiran seni drama di Timur juga adalah sebagai fungsi
keagamaan. Sejarah kelahirannya boleh disusurgalurkan kepada animisme. Di
negara India, ahli sejarah membuat pengkajian kelahiran seni drama dalam
masyarakat Hindu. Di India, seni drama lahir sebagai usaha memperkembangkan
agama Hindu kepada rakyat jelata dengan cara yang paling mudah. Seni drama di
India merupakan yang tertua di Timur. Plot drama India mengikuti urutan plot
Mahabharata dan Ramayana yang dijadikan struktur contoh untuk mencipta cerita
yang lain. Ada sepuluh bentuk drama di India iaitu “Nataka, prakarana, natika,
totaka, bhana, vyoyoga, utaratikanka dan lain-lainnya. Dramatis yang terkemuka
di India ialah Kalidasa dengan “Sakuntala” dan “Malavikakanimitram”, Sudraka
dengan “Vasantasena” dan “Padmaprabhratakam”, Harsa dengan “Madhyanavyayoga”
dan “Ratnavali”, dan lain-lainnya. Tahun 1975 merupakan permulaan drama moden
India, apabila Lebedev mengadaptasi drama Richard Jordell “The
Disguise”.Sementara itu drama di Jepun, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh drama
China. Jepun memiliki bentuk-bentuk drama seperti “Noh”, “Kyogen”, “Kabuki”,
dan “Bunraku”. Di Indonesia drama terawalnya dapat dikesan tumbuh dari
ritualisme, bersifat puitis. Drama terawal ini dinamakan “Tjalon Arang” yang
terdapat di Bali. Setelah itu ia berkembang dan lahirlah wayang kulit, wayang
topeng, wayang golek dan wayang orang.
Ulasan
Catat Ulasan