Teori Proses Kreatif
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Graham Wallas
dilahirkan pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932. Beliau merupakan
seorang sosialis Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang tokoh akademik.
Beliau banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses pemikiran kreatif. Pada
tahun 1926, beliau telah memperkenalkan Model Proses kreativiti dalam bukunya “The Art of Thought”. Dalam model
tersebut, terdapat 5 peringkat proses kreativiti yang difokuskan seperti yang
ditunjukkan oleh jadual berikut.
Jadual 5: Peringkat-peringkat dalam Teori
Proses Kreatif Graham Wallas
Peringkat
|
Keterangan
|
Persiapan
|
Pada peringkat ini, minda difokuskan kepada isu atau
masalah dan dianalisis atau diteroka. Kriteria dibina untuk mengenal pasti
penyelesaian yang boleh diterima. Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti
membina rangka kasar, draf soalan dan idea-idea awal.
|
Inkubasi
|
Individu
menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan perkara-perkara
lain terlebih dahulu. Idea dibiarkan mengeram dalam minda.
|
Iluminasi
|
Idea-idea
yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar. Seseorang itu tiba-tiba
mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat
ini, individu melalui proses mengenal pasti karakter.
|
Verifikasi
|
Dalam
Model Proses Kreativiti Graham Wallas, verfikasi merupakan peringkat
terakhir. Pada peringkat ini, idea tersebut telah disahkan, dihuraikan dan
diimplimentasikan. Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk melibatkan
apa yang terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan
atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan.
|
Ulasan
Catat Ulasan