Konsep Pentaksiran

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin


Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Boon et al. (2017), pentaksiran merupakan bahagian utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Istilah pentaksiran menggambarkan proses berterusan yang merangkumi pengumpulan, pengiterpretasian, perekodan dan pelaporan maklumat mengenai prestasi murid supaya dapat membantu guru dalam membuat keputusan. Maka, pentaksiran merujuk kepada istilah umum yang merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran murid dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran. Sebagai tamsilan, skala kadar prestasi, projek, ujian kertas dan pensel, pemerhatian dan sebagainya digunakan untuk mengumpulkan maklumat dan guru membuat keputusan untuk tindakan yang selanjutnya. Dalam kebanyakan penulisan, kedua-dua istilah penilaian dan pentaksiran digunakan secara “saling bertukar”. Pada dasarnya, pentaksiran merangkumi deskripsi kuantitatif dan kualitatif tentang murid. Tambahan pula, pentaksiran sentiasa meliputi penghakiman nilai mengenai keputusan yang dibuat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran