Analisis Aspek Tatabahasa dalam Bahasa Melayu KSSR
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Modul Tabahasa merupakan antara modul yang
terkandung dalam dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah signifikan dengan pendekatan modular yang diperkenalkan
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2011. Secara
amnya, modul tersebut memberi fokus terhadap aspek
morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh
murid. Aspek tersebut diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik
yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa
dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis. Modul
Tatabahasa adalah penting kerana dapat mengukuhkan
berbahasa dalam kalangan murid berdasarkan aspek kemahiran bahasa iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah,
terdapat tiga Standard Kandungan yang mengandungi beberapa Standard
Pembelajaran yang difokuskan dalam Modul Tatabahasa.
Standard Kandungan Modul Tatabahasa yang pertama
memberi fokus terhadap aspek golongan kata iaitu 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
mengikut konteks dan dibahagikan
kepada tujuh Standard Pembelajaran iaitu 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4, 5.1.5,
5.1.6 dan 5.1.7. Standard Pembelajaran tersebut adalah berbeza
mengikut tahap dan peringkat murid. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, murid hanya belajar aspek golongan
kata yang mudah sahaja pada Tahap 1, berbeza dengan murid Tahap 2 yang mana
mereka mempelajari aspek golongan kata yang lebih kompleks. Perkara tersebut
adalah seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 5.
Tahun
|
Standard
Pembelajaran
|
|
1
|
5.1.1
|
Memahami
dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.
|
5.1.2
|
Memahami dan menggunakan
kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.3
|
Memahami
dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam pelbagai konteks
dengan betul.
|
|
5.1.4
|
Memahami dan menggunakan
kata kerja dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.5
|
Memahami
dan menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.6
|
Memahami dan menggunakan
kata hubung yang mudah dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.7
|
Memahami
dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul.
|
|
2
|
5.1.1
|
Memahami dan menggunakan
kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks.
|
5.1.2
|
Memahami
dan menggunakan kata nama khas hidup manusia
dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.3
|
Memahami dan menggunakan
kata ganti nama diri ketiga dengan betul
mengikut konteks.
|
|
5.1.4
|
Memahami
dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.5
|
Memahami dan menggunakan
kata adjektif pancaindera dengan betul
mengikut
konteks.
|
|
5.1.6
|
Memahami
dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut
konteks.
|
|
5.1.7
|
Memahami dan menggunakan
kata tanya dengan betul mengikut konteks.
|
|
3
|
5.1.1
|
Memahami
dan menggunakan kata nama am hidup yang merujuk bukan manusia dan penjodoh
bilangan dengan betul mengikut konteks.
|
5.1.2
|
Memahami dan menggunakan
kata nama khas hidup yang merujuk bukan manusia dengan betul mengikut
konteks.
|
|
5.1.3
|
Memahami
dan menggunakan kata ganti nama diri sebagai kata sapaan dengan betul
mengikut konteks.
|
|
5.1.4
|
Memahami dan menggunakan
kata kerja aktif transitif dan tak transitif dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.5
|
Memahami
dan menggunakan pelbagai jenis kata adjektif dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.6
|
Memahami dan menggunakan
kata hubung gabungan dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.7
|
Memahami
dan menggunakan kata sendi nama dan kata seru dengan betul mengikut konteks.
|
|
4
|
5.1.1
|
Memahami dan menggunakan
kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks.
|
5.1.2
|
Memahami dan
menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.3
|
Memahami dan menggunakan
kata ganti nama tunjuk dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.4
|
Memahami dan
menggunakan kata kerja pasif dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.5
|
Memahami dan menggunakan
kata adjektif dan kata penguat dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.6
|
Memahami dan
menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks.
|
|
5.1.7
|
Memahami dan menggunakan
kata bantu, kata perintah dan kata pemeri dengan betul mengikut konteks.
|
|
5
|
5.1.1
|
Memahami dan
menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh
bilangan mengikut konteks dengan betul.
|
5.1.2
|
Memahami dan menggunakan
kata nama khas hidup manusia dengan nama panggilan atau gelaran yang betul
mengikut konteks.
|
|
5.1.3
|
Memahami dan
menggunakan kata ganti nama diri tanya mengikut konteks dengan betul.
|
|
5.1.4
|
Memahami dan menggunakan
kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif mengikut konteks dengan
betul.
|
|
5.1.5
|
Memahami dan
menggunakan kata adjektif dan kata bantu mengikut konteks dengan betul.
|
|
5.1.6
|
Memahami dan menggunakan
kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan komplemen mengikut
konteks dengan betul.
|
|
5.1.7
|
Memahami dan
menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah, kata bilangan mengikut
konteks dengan betul.
|
|
6
|
5.1.1
|
Memahami dan menggunakan
pelbagai kata nama am dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul.
|
5.1.2
|
Memahami
dan menggunakan pelbagai kata nama khas mengikut konteks dengan betul.
|
|
5.1.3
|
Memahami dan menggunakan
pelbagai kata ganti nama mengikut konteks dengan betul.
|
|
5.1.4
|
Memahami
dan menggunakan pelbagai kata kerja dan kata
bantu
mengikut konteks dengan betul.
|
|
5.1.5
|
Memahami dan menggunakan
pelbagai jenis kata adjektif, kata adverba, kata penguat, dan kata penegas
mengikut konteks dengan betul.
|
|
5.1.6
|
Memahami
dan menggunakan pelbagai kata hubung mengikut konteks dengan betul.
|
|
5.1.7
|
Memahami dan menggunakan
pelbagai kata tugas mengikut konteks dengan betul.
|
Jadual 5: Standard
Pembelajaran bagi Standard Kandungan 5.1 Modul Tatabahasa
Standard Pembelajaran yang pertama bagi Standard Kandungan 5.1 ialah
5.1.1 yang mana memberi penekanan terhadap kata nama am. Standard Pembelajaran
5.1.1 bagi Tahap 1 memberi fokus terhadap aspek golongan kata nama am yang
mudah sahaja. Aspek yang diberi fokus pada Tahun 1 berdasarkan Standard
Pembelajaran tersebut ialah memahami
dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks. Pada
Tahun 2 pula, fokus yang diberikan ialah murid dapat memahami dan menggunakan
kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks. Untuk Tahun 3,
Standard Pembelajaran 5.1.1 memerlukan murid untuk memahami dan menggunakan
kata nama am hidup yang merujuk bukan manusia berserta penjodoh bilangan dengan
betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran tersebut pada Tahap 2 memberi
penekanan terhadap aspek kata nama am yang lebih kompleks beserta penjodoh
bilangan. Hal ini dapat dilihat apabila Standard Pembelajaran tersebut tidak
lagi memberi fokus terhadap golongan kata nama am hidup seperti mana yang terdapat
pada Tahap 1. Pada Tahun 4, murid dikehendaki untuk memahami dan menggunakan
kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks. Berbeza
pula dengan penekanan yang diberi perhatian oleh Standard Pembelajaran tersebut
pada Tahun 5 yang mana murid perlu memahami dan menggunakan kata nama am tak
hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan
betul. Manakala, murid pada peringkat Tahun 6 dikehendaki untuk memahami dan
menggunakan pelbagai kata nama am dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan
betul.
Standard Pembelajaran yang
kedua bagi Standard Kandungan ialah 5.1.2 yang mana memberi penekanan terhadap
golongan kata nama khas. Penekanan yang diberikan oleh Standard Pembelajaran
tersebut pada Tahap 1 ialah golongan kata nama khas yang mudah. Hal ini dapat
dibuktikan pada Tahun 1 yang mana Standard Pembelajaran 5.1.2 memerlukan murid
untuk memahami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut
konteks. Pada Tahun 2 pula, murid perlu memahami dan menggunakan kata nama khas
hidup manusia dengan betul mengikut
konteks. Manakala, murid yang berada pada Tahun 3 dikehendaki untuk memahami
dan menggunakan kata nama khas hidup yang merujuk bukan manusia dengan betul
mengikut konteks. Pembelajaran terhadap golongan kata nama khas yang lebih
kompleks merupakan aspek yang diberi penekanan oleh Standard Pembelajaran 5.1.2
apabila murid berada pada Tahap 2. Perkara tersebut dapat dilhat menerusi
Standard Pembelajaran 5.1.2 pada Tahun 4 yang mana murid perlu untuk memahami
dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks. Untuk
Tahun 5 pula, pemahaman murid terhadap penggunaan golongan kata nama khas hidup
manusia dengan nama panggilan atau gelaran yang betul mengikut konteks adalah
perkara yang diberikan pernekanan. Murid pada Tahun 6 pula dikehendaki untuk memahami
dan menggunakan pelbagai kata nama khas mengikut konteks dengan betul.
Standard Pembelajaran 5.1.3 merupakan Standard
Pembelajaran yang ketiga bagi Standard Kandungan 5.1 yang mana memberi
perhatian terhadap aspek kata ganti nama. Fokus
yang diberikan oleh Standard Pembelajaran 5.1.3 pada Tahap 1 ialah golongan
kata ganti nama diri. Perkara tersebut dapat dibuktikan apabila murid Tahun 1
dikehendaki untuk memahami
dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam pelbagai konteks
dengan betul. Kata ganti nama diri yang difokuskan untuk murid Tahun 2 ialah
kata ganti nama diri ketiga yang mana murid perlu memahami dan menggunakan kata
ganti nama diri ketiga dengan betul
mengikut konteks. Pada Tahun 3 pula, murid perlu memahami dan menggunakan kata
ganti nama diri sebagai kata sapaan dengan betul mengikut konteks. Berbeza pula
dengan Tahap 2 yang Standard Pembelajaran 5.1.3 memberi penekanan terhadap
pelbagai jenis kata ganti nama, tidak seperti pada Tahap 1 yang terhad kepada
kata ganti nama diri. Menurut Standard Pembelajaran tersebut, murid pada
peringkat Tahun 4 seharusnya memahami dan menggunakan kata ganti nama tunjuk
dengan betul mengikut konteks. Untuk murid Tahun 5 pula, Standard Pembelajaran
tersebut memerlukan murid untuk memahami dan menggunakan kata ganti nama diri
tanya mengikut konteks dengan betul. Murid Tahun 6 pula perlu memahami dan
menggunakan pelbagai kata ganti nama mengikut konteks dengan betul.
Standard
Pembelajaran yang seterusnya bagi Standard Kandungan 5.1 ialah 5.1.4 yang mana
memberi perhatian terhadap aspek kata kerja. Standard Pembelajaran 5.1.4 pada
Tahap 1 menekankan aspek kata kerja yang mudah sahaja. Murid yang berada pada
Tahun 1 dikehendaki untuk memahami
dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks. Murid Tahun 2 pula
seharusnya memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut
konteks. Pada Tahun 3, murid perlu memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif
dan tak transitif dengan betul mengikut konteks. Tahap kesukaran bagi Standard Pembelajaran 5.1.4 pada
Tahap 2 adalah bertambah apabila Standard Pembelajaran tersebut memberi
perhatian terhadap penguasaan murid terhadap penggunaan kata kerja yang pelbagai.
Hal ini dapat dibuktikan apabila murid Tahun 4 perlu memahami dan menggunakan kata kerja
pasif dengan betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran 5.1.4 menuntut murid
Tahun 5 untuk memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja
pasif mengikut konteks dengan betul. Konteks kata kerja untuk murid Tahun 6
menurut Standard Pembelajaran 5.1.4 adalah lebih luas iaitu tidak terhad kepada
satu golongan kata kerja yang mana murid Tahun 6 perlu memahami dan menggunakan
pelbagai kata kerja dan kata bantu mengikut konteks dengan betul.
Standard
Pembelajaran 5.1.5 merupakan salah satu Standard Pembelajaran yang terkandung dalam Standard
Kandungan 5.1 yang mana memberi fokus terhadap golongan kata adjektif dan
beberapa golongan kata lain yang boleh hadir bersama kata adjektif . Standard
Pembelajaran 5.1.5 pada Tahap 1 memberi fokus terhadap kata adjektif yang mudah
sahaja. Pada Tahun 1, murid dikehendaki untuk memahami dan menggunakan kata adjektif
warna dengan betul mengikut konteks. Bagi murid Tahun 2 pula, mereka dituntut
untuk memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut
konteks. Murid Tahun 3 pula perlu memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata
adjektif dengan betul mengikut konteks seperti mana yang ditekankan oleh
Standard Pembelajaran 5.1.5. Standard Pembelajaran
5.1.5 pada Tahap 2 pula memberi perhatian terhadap kata adjektif yang lebih
kompleks beserta beberapa golongan kata yang boleh hadir bersama kata adjektif.
Perkara tersebut dapat dilihat apabila murid Tahun 4 dikehendaki untuk memahami dan menggunakan
kata adjektif dan kata penguat dengan betul mengikut konteks. Berbeza pula
dengan Tahun 5 yang mana murid seharusnya emahami dan menggunakan kata adjektif
dan kata bantu mengikut konteks dengan betul. Murid pada Tahun 6 berdasarkan
Standard Pembelajaran perlulah memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata
adjektif, kata adverba, kata penguat, dan kata penegas mengikut konteks dengan
betul.
Standard Pembelajaran yang
berikutnya bagi Standard Kandungan 5.1 ialah Standard Pembelajaran 5.1.6 yang
mana memberi penekanan terhadap kata hubung. Standard Pembelajaran 5.1.6 bagi
Tahap 1 menekankan gaspek kata hubung yang mudah. Pada peringkat Tahun 1, murid
perlu, memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah dengan betul mengikut
konteks. Murid pada Tahun 2 pula dikehendaki untuk memahami dan menggunakan
kata hubung dengan betul mengikut konteks. Berbeza pula dengan murid Tahun 3
yang mana mereka seharusnya memahami dan menggunakan kata hubung gabungan
dengan betul mengikut konteks. Standard 5.1.6 pada Tahap 2 lebih memberi fokus
terhadap pelbagai kata hubung yang lebih kompleks. Perkara tersebut dapat
dibuktikan apabila murid pada Tahun 4 dikehendaki untuk memahami dan
menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks. Bagi
murid Tahun 5 pula, mereka perlu memahami dan menggunakan kata hubung pancangan
relatif dan kata hubung pancangan komplemen mengikut konteks dengan betul. Murid
pada peringkat Tahun 6 dikehendaki emahami dan menggunakan pelbagai kata hubung
mengikut konteks dengan betul seperti mana yang dinyatakan oleh Standard
Pembelajaran 5.1.6.
Standard
Pembelajaran yang terakhir bagi Standard Kandungan 5.1 ialah 5.1.7 yang mana
memberi fokus terhadap pelbagai kata tugas. Berdasarkan Standard Pembelajaran
tersebut, kata tugas yang diberi perhatian untuk murid Tahun 1 ialah kata tanya
merujuk manusia dan benda iaitu murid dapat memahami
dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul. Untuk Tahun 2 pula,
murid perlu memahami
dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks. Bagi murid Tahun 3
pula, kata tugas yang diberi perhatian ialah kata sendi nama dan kata seru yang
mana berdasarkan pernyataan Standard Pembelajaran tersebut murid dapat memahami
dan menggunakan kata sendi nama dan kata seru dengan betul mengikut konteks.
Murid Tahun 4 pula dikehendaki untuk memahami dan menggunakan kata bantu, kata
perintah dan kata pemeri dengan betul mengikut konteks kerana kata tugas yang
diberi penekanan pada peringkat ini ialah kata bantu, kata perintah dan kata
pemeri. Pada Tahun 5, murid seharusnya dapat memahami dan menggunakan kata
nafi, kata pembenar, kata arah, kata bilangan mengikut konteks dengan betul.
Hal ini bermakna, kata tugas yang diberi penekanan pada Tahun 5 ialah kata
nafi, kata pembenar, kata arah dan kata bilangan. Standard Pembelajaran 5.1.7
bagi murid Tahun 6 menekankan pelbagai kata tugas selari dengan pernyataan
Standard Pembelajaran tersebut iaitu memahami dan menggunakan pelbagai kata
tugas mengikut konteks dengan betul.
Standard Kandungan Modul Tatabahasa yang kedua
memberi fokus terhadap aspek pembentukan kata iaitu 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam
pelbagai situasi dengan betul dan dibahagikan kepada tiga Standard
Pembelajaran iaitu 5.2.1, 5.2.2 dan 5.2.3. Standard
Pembelajaran tersebut adalah berbeza mengikut tahap dan peringkat murid.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah
Rendah, murid hanya belajar aspek pembentukan kata yang mudah sahaja pada Tahap
1, berbeza dengan murid Tahap 2 yang mana mereka mempelajari aspek pembentukan
kata yang lebih kompleks. Perkara tersebut adalah seperti yang ditunjukkan oleh
Jadual 6.
Tahun
|
Standard
Pembelajaran
|
|
1
|
5.2.1
|
Memahami
dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran
dengan
betul dalam pelbagai konteks.
|
5.2.2
|
||
5.2.3
|
||
2
|
5.2.1
|
Memahami dan
menggunakan imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan dengan betul
dalam pelbagai konteks.
|
5.2.2
|
Memahami
dan menggunakan kata ganda penuh dengan betul dalam
pelbagai
konteks.
|
|
5.2.3
|
||
3
|
5.2.1
|
Memahami
dan menggunakan Kata Terbitan Awalan beR , meN, PeN, teR dan di... dengan
betul dalam pelbagai situasi.
|
5.2.2
|
Memahami dan
menggunakan kata ganda penuh sebagai penanda
nama haiwan, makna
kesamaan atau keserupaan dengan betul dalam pelbagai situasi.
|
|
5.2.3
|
Memahami
dan menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas dengan betul dalam pelbagai
situasi.
|
|
4
|
5.2.1
|
Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran –an, -kan,
–i, imbuhan apitan pada kata kerja, kata nama dan kata adjektif serta imbuhan
pinjaman dengan betul dalam pelbagai situasi.
|
5.2.2
|
Memahami dan menggunakan kata ganda
separa dengan betul dalam pelbagai situasi.
|
|
5.2.3
|
Memahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang
telah mantap dengan betul dalam pelbagai situasi.
|
|
5
|
5.2.1
|
Memahami dan menggunakan imbuhan apitan
pada kata kerja mempeR...kan, mempeR...i, dipeR...kan, dipeR...i serta
imbuhan sisipan dalam pelbagai situasi dengan betul.
|
5.2.2
|
Memahami dan menggunakan kata ganda berentak dalam
pelbagai situasi dengan betul.
|
|
5.2.3
|
Memahami dan menggunakan kata majmuk
istilah khusus dalam bidang ilmiah dan kata majmuk yang mendukung maksud
kiasan dengan betul dalam pelbagai situasi.
|
|
6
|
5.2.1
|
Memahami
dan menggunakan pelbagai imbuhan dalam pelbagai situasi dengan betul.
|
5.2.2
|
Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda
dalam pelbagai situasi dengan betul.
|
|
5.2.3
|
Memahami
dan menggunakan pelbagai kata majmuk dalam
pelbagai situasi dengan betul.
|
Jadual 6:
Standard Pembelajaran bagi Standard Kandungan 5.2 Modul Tatabahasa
Standard Pembelajaran yang pertama bagi Standard Kandungan 5.2 ialah
5.2.1 yang mana memberi fokus terhadap aspek penggunaan imbuhan pada perkataan.
Standard Pembelajaran 5.2.1 bagi menekankan penggunaan imbuhan yang mudah. Pada
Tahun 1, murid dikehendaki untuk memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan
akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks. Murid Tahun 2 pula dikehendaki
untuk memahami dan menggunakan imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan
apitan dengan betul dalam pelbagai konteks. Manakala, murid Tahun 3 seharusnya
memahami dan menggunakan kata terbitan awalan beR , meN, PeN, teR dan di...
dengan betul dalam pelbagai situasi. . Standard Pembelajaran 5.2.1 bagi Tahap 2 memberi perhatian terhadap
aspek penggunaan imbuhan yang lebih kompleks. Untuk Tahun 4, murid perlu memahami
dan menggunakan imbuhan akhiran –an, -kan, –i, imbuhan apitan pada kata kerja,
kata nama dan kata adjektif serta imbuhan pinjaman dengan betul dalam pelbagai
situasi. Bagi Tahun 5, murid dikehendaki untuk memahami dan menggunakan imbuhan
apitan pada kata kerja mempeR...kan, mempeR...i, dipeR...kan, dipeR...i
serta imbuhan sisipan dalam pelbagai situasi dengan betul. Murid Tahun 6 pula
memberi perhatian terhadap pelbagai jenis imbuhan signifikan dengan pernyataan
Standard Pembelajaran 5.2.1 bagi Tahun 6 iaitu murid dapat memahami dan
menggunakan pelbagai imbuhan dalam pelbagai situasi dengan betul.
Standard
Pembelajaran 5.2.2 merupakan salah satu Standard Pembelajaran yang terkandung dalam Standard
Kandungan 5.2 yang mana memberi fokus terhadap kata ganda. Standard
Pembelajaran 5.2.2 pada Tahap 1 memberi fokus terhadap kata ganda penuh. Pada
Tahun 2, Standard Pembelajaran tersebut menekankan pemahaman murid terhadap kata ganda penuh dengan betul dalam pelbagai
konteks. Untuk Tahun 3 pula, murid dikehendaki memahami dan menggunakan kata
ganda penuh sebagai penanda nama haiwan, makna kesamaan atau keserupaan dengan
betul dalam pelbagai situasi. Standard Pembelajaran
5.2.2 pada Tahap 2 memberi perhatian terhadap beberapa jenis kata ganda tidak
seperti pada Tahap 1 yang hanya terhad kepada kata ganda penuh. Bagi Tahun 4,
murid dikehendaki untuk memahami
dan menggunakan kata ganda separa dengan betul dalam pelbagai situasi. Berbeza pula dengan Tahun 5 yang mana murid
dikehendaki untuk memahami dan menggunakan kata ganda berentak dalam pelbagai
situasi dengan betul. Murid Tahun 6 pula menfokuskan terhadap penggunaan
pelbagai kata ganda bertepatan dengan pernyataan Standard Pembelajaran tersebut
iaitu memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda dalam pelbagai situasi
dengan betul.
Standard Pembelajaran
yang terakhir bagi Standard Kandungan 5.2 ialah 5.2.3 yang mana memberi fokus
terhadap pelbagai jenis kata majmuk pelbagai. Pada Tahun 3, kata majmuk yang
diberi perhatian ialah kata majmuk rangkai
bebas seperti mana yang dinyatakan dalam Standard Pembelajaran iaitu
murid dapat memahami
dan menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas dengan betul dalam pelbagai
situasi. Untuk Tahun 4, kata majmuk yang difokuskan ialah kata majmuk yang
telah mantap signifikan dengan pernyataan Standard Pembelajaran iaitu murid
mmahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang telah mantap dengan betul dalam
pelbagai situasi. Murid Tahun 5 pula memberi perhatian
terhadap kata
majmuk istilah khusus dan bidang kiasan selari dengan pernyataan Standard
Pembelajaran iaitu murid memahami dan menggunakan kata majmuk istilah khusus
dalam bidang ilmiah dan kata majmuk yang mendukung maksud kiasan dengan betul
dalam pelbagai situasi. Bagi Tahun 6, murid memahami dan menggunakan pelbagai
kata majmuk dalam pelbagai situasi dengan betul. Hal ini bermakna, pada peringkat
Tahun 6 pembelajaran aspek kata majmuk menjadi lebih kompleks.
Struktur ayat merupakan
fokus yang ditekankan dalam Standard Kandungan Modul Tatabahasa yang kedua
iaitu 5.3 Memahami dan menggunakan
golongan kata dengan betul mengikut konteks dan dibahagikan kepada dua
Standard Pembelajaran iaitu 5.3.1 dan 5.3.2 kecuali pada tahun satu yang mana
Standard Kandungan tersebut hanya diklasifikasikan kepada satu standard
pembelajaran sahaja iaitu 5.3.1. Meskipun tahap satu dan dua mempunyai standard
kandungan yang sama, tetapi standard pembelajaran bagi kedua-dua tahap tersebut
adalah berbeza mengikut peringkat umur dan perkembangan murid. Berdasarkan
Jadual di bawah, murid hanya diajar struktur ayat yang mudah manakala pada
Tahap 1. Berbeza pula dengan Tahap 2 yang mana murid lebih memberi penekanan
terhadap stuktur ayat yang lebih kompleks dan pelbagai seperti mana yang
ditunjukkan oleh Jadual 7.
Tahun
|
Standard
Pembelajaran
|
|
1
|
5.3.1
|
Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat
FN+FN, FN+FK dengan betul dalam pelbagai situasi
|
5.3.2
|
||
2
|
5.3.1
|
Memahami dan membina ayat
dasar menggunakan FN+FN, FN+FK, FN+FA, FN+FS dengan betul dalam pelbagai
konteks.
|
5.3.2
|
Memahami
dan membina ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yang betul dalam
pelbagai konteks.
|
|
3
|
5.3.1
|
Memahami dan
membina ayat tunggal susunan biasa dan ayat majmuk dengan betul dalam
pelbagai situasi.
|
5.3.2
|
Memahami
dan membina ayat penyata, ayat tanya dengan kata tanya dan tanpa kata tanya,
ayat seru dan ayat perintah dengan betul dalam pelbagai situasi.
|
|
4
|
5.3.1
|
Memahami dan membina ayat tunggal dengan peluasan
subjek dan predikat yang betul dalam pelbagai situasi.
|
5.3.2
|
Memahami
dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul dalam pelbagai situasi.
|
|
5
|
5.3.1
|
Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan peluasan subjek dan predikat dengan betul dalam pelbagai situasi.
|
5.3.2
|
Memahami
dan membina ayat cakap ajuk dan cakap pindah dengan betul dalam pelbagai
situasi.
|
|
6
|
5.3.1
|
Memahami dan membina ayat songsang yang betul dalam
pelbagai situasi .
|
5.3.2
|
Memahami
dan membina pelbagai ayat dalam teks menggunakan penanda wacana dengan betul.
|
Jadual
7: Standard
Pembelajaran Bagi Standard Kandungan 5.3 Modul Tatabahasa
Standard
Pembelajaran 5.3.1 pada Tahun 1 hanya memberi penekanan terhadap aspek
pemahaman dan pembinaan ayat dasar menggunakan pola ayat FN+FN, FN+FK dengan betul dalam pelbagai situasi. Murid pada Tahun 2 pula dikehendaki untuk memahami
dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat seperti FN+FN, FN+FK, FN+FA, FN+FS dengan betul dalam pelbagai konteks
berbanding pada Tahun 1 yang hanya terhad kepada dua jenis pola ayat sahaja
iaitu FN+FN dan FN+FK. Untuk Tahun 3,
Standard Pembelajaran tersebut memerlukan murid untuk memahami dan membina ayat
tunggal susunan biasa dan ayat majmuk dengan betul dalam pelbagai situasi. Bagi
Tahun 4, penekanan yang Standard Pembelajaran 5.3.1 berikan ialah pemahaman dan
pembinaan ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat yang betul dalam
pelbagai situasi. Berbeza pula dengan dengan Tahun 5 yang mana Standard
Pembelajaran tersebut memerlukan murid untuk memahami dan membina ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat dengan betul dalam pelbagai
situasi. Untuk Tahun 6, Standard Pembelajaran tersebut lebih berfokus terhadap
pemahaman dan pembinaan ayat songsang yang betul dalam pelbagai situasi.
Standard
Pembelajaran 5.3.2 untuk Tahun 2 menekankan aspek penggunaan tanda baca yang
betul dalam pemahaman dan pembinaan ayat penyata dalam pelbagai konteks. Pada
Tahun 3 pula, Standard Pembelajaran tersebut
menuntut murid untuk memahami dan membina ayat penyata, ayat tanya
dengan kata tanya dan tanpa kata tanya, ayat seru dan ayat perintah dengan
betul dalam pelbagai situasi. Standard Pembelajaran tersebut pada Tahun 4
memberi penekanan terhadap kebolehan murid dalam memahami dan membina ayat
aktif dan ayat pasif dengan betul dalam pelbagai situasi. Berbeza pula dengan
Tahun 5 yang mana Standard Pembelajaran tersebut mengkehendaki murid untuk memahami
dan membina ayat cakap ajuk dan cakap pindah dengan betul dalam pelbagai
situasi. Murid pada Tahun 6 berdasarkan Standard Kandungan tersebut perlulah memahami
dan membina pelbagai ayat dalam teks menggunakan penanda wacana dengan betul.
Secara
kesimpulan, Modul Tatabahasa mengandungi tiga Standard Kandungan yang utama
iaitu 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan
betul mengikut konteks, 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang
sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul dan 5.3 Memahami dan
menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Standard Kandungan 5.1
memberikan perhatian terhadap aspek golongan kata, Standard Kandungan 5.2 pula
memberi penekanan terhadap aspek pembentukan kata dan Standard Kandungan 5.3
memberi perhatian terhadap aspek sintaksis.
Ulasan
Catat Ulasan