Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Konsep Tingkah Laku Bermasalah

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang tidak normal yang terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.  Akibatnya, emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat terganggu dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Mok (2011) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses peng

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Perkara tersebut melibatkan pembinaan suasana pembelajaran   yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku. Perkara tersebut merupakan kerjasama antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat di

Konsep Kemahiran Lisan

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menerusi buku Bahasa Melayu II , kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Dalam konteks kanak-kanak, kemahiran tersebut perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik dapat menguasai kemahiran bahasa yang lain dengan baik juga. Kemahiran lisan meliputi dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga sebaliknya. Pertuturan yang baik bermakna kita meniru cara atau gaya percakapan orang lain, tetapi diperoleh hasil daripada kita mendengar dengan baik ujaran penutur. Oleh yang demikian, untuk menguasai kemahiran lisan tersebut, murid perlu dilatih untuk menggunakannya secara kerap dan mengajarkannya secara terancang.            Kemahiran lisan secara umum dir

Konsep Kemahiran Bahasa

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam bukunya yang bertajuk Bahasa Melayu II menyatakan bahawa kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah sejak dahulu lagi. Antara isu yang pernah diperkatakan adalah berkenaan dengan terdapatnya sebilangan murid sekolah rendah yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa, khususnya kemahiran membaca dan kemahiran menulis walaupun murid-murid tersebut telah menjalani sesi persekolahan selama enam tahun. Murid juga dikatakan kurang mampu untuk bertutur dan menggunakan bahasa dalam bentuk yang tersusun dan sempurna. Pelajar di sekolah menengah pula kerap melakukan kesalahan bahasa dalam penulisan dan aktiviti lisan mereka. Oleh yang demikian, bagi mengatasi kelemahan tersebut, pengajaran kemahiran bahasa telah distrukturkan semula, dikemas kini dan diperkukuh dalam Dokumen Standard Pengajaran dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Malaysia bermula pada tahun 201

Peribadi Kreatif

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Setiap manusia akan melalui beberapa proses kreatif ketika menghasilkan karya masing-masing. Tanpa proses kreatif, hasil yang dicerna mungkin kurang bermutu kerana kekurangan bahan yang mantap. Untuk menghasilkan sesuatu bahan sama ada bahan penulisan atau bahan kreativiti yang lain, setiap manusia mempunyai pegangan, aliran, dan ideologi tersendiri bermula daripada proses pengumpulan bahan sehingga selesai sesuatu kreativiti yang dihasilkan tersebut. Proses kreatif yang dilalui oleh individu kreatif menggambarkan corak pemikiran masing-masing. Idea yang ada disalurkan dalam bentuk dan gaya tersendiri berasaskan tuntutan dan desakan dalam diri masing-masing. Individu yang kreatif mungkin mengambil masa yang singkat atau sebaliknya dalam proses penghasilan sesuatu bahan. Hal ini bergantung kepada kesediaan dan kesungguhan yang ada pada diri mereka. Kadangkala idea-idea yang hadir dalam pemikiran individu kreatif tidak disedari dan dilahirk

Konsep Kreativiti

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Wan Zarina Wan Othman dan Ratna Laila Sahidin (2017) menyatakan bahawa kreativiti merupakan suatu kelebihan dan kebolehan seseorang dalam setiap bidang yang diceburi. Insan yang dianugerahkan dengan kreativiti ialah insan yang diberikan kelebihan untuk mencari dan mencipta sesuatu yang unik. Kreativiti ini dapat mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Dalam bidang pendidikan, kreativiti amat dititikberatkan dan digalakkan kepada pelajar agar mereka dapat berfikir di luar daripada kebiasaan atau berfikir di luar kotak. Kreativiti ini menjadi fenomena jika sesuatu yang dihasilkan dapat menarik perhatian dan memberikan kesan langsung kepada orang ramai. Kebolehan semula jadi yang dianugerahkan ini merupakan kebolehan kreatif yang mampu membawa seseorang kepada pencapaian yang lebih baik seterusnya membezakan mereka dengan kebanyakan individu di sekeliling mereka. Menurut Leonard M. S. Yong (1993), kreativiti ialah

Teori Proses Kreatif

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Graham Wallas dilahirkan pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932. Beliau merupakan seorang sosialis Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang tokoh akademik. Beliau banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses pemikiran kreatif. Pada tahun 1926, beliau telah memperkenalkan Model Proses kreativiti dalam bukunya “ The Art of Thought ”. Dalam model tersebut, terdapat 5 peringkat proses kreativiti yang difokuskan seperti yang ditunjukkan oleh jadual berikut. Jadual 5: Peringkat-peringkat dalam Teori Proses Kreatif Graham Wallas Peringkat Keterangan Persiapan Pada peringkat ini, minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka. Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima. Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, draf soalan dan idea-idea awal. Inkubasi Individu menangguhkan proses krea

Pengenalan kepada Proses Kreatif

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Proses kreatif bermaksud seseorang individu dapat atau berkemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu (Kamus Dewan, 2013). Hal ini bermaksud bahawa setiap manusia yang kreatif mampu atau berkebolehan mencipta apa-apa sahaja yang dirasakannya sama ada daripada dalaman atau luaran. Hasil kreatif yang dimanifestasikan itu mencerminkan usaha seseorang dalam penciptaan sesuatu sama ada hasil sastera atau hasil bukan sastera. Dalam proses kreatif, kebiasaannya manusia bersifat egosentris, iaitu sifat untuk memenuhi naluri dan memperjelas pendiriannya. Perkara ini bermakna bahawa proses kreatif akan mengalami perkembangan meditasi untuk mencari realiti kemanusiaan. Dalam penciptaan sesuatu, kekreatifan seseorang sentiasa merujuk kepada proses kreatif yang dialaminya (Wan Zarina Wan Othman dan Ratna Laila Sahidin, 2017). Proses kreatif bagi setiap individu adalah berbeza-beza mengikut pengalaman yang dilalui oleh setiap individu tersebut. Menuru

Sumbangan Sastera Kanak-kanak

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Khairuddin Mohamad et al. (2014), sastera kanak-kanak dapat didefinisikan sebagai karya sastera yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi. Sastera kanak-kanak merupakan salah satu elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, sastera awal kanak-kanak mampu memberikan keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak. Dalam konteks pendidikan, sastera kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam memperkembang bahasa dan komunikasi ka

Fungsi Sastera Kanak-kanak

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Zainiah Mohamed Isa (2007), tidak banyak yang boleh diperkatakan berkenaan dengaan sastera dalam pendidikan kanak-kanak, terutamanya pada peringkat prasekolah. Namun demikian, dapat dilihat bahawa sastera kanak-kanak memainkan peranan yang signifikan dalam pendidikan kanak-kanak. Berdasarkan takrifan yang yang diberikan oleh Clynch Brown dan Tomlinson (1999) dalam Khairuddin Mohamad et al. (2014), sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanak-kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen. Menurut Glazer (2000) dalam Ismail Yusof (2008), buku kanak-kanak adalah buku-buku yang ditulis bagi tujuan pembacaan kanak-kanak ataupun buku yang menjadi bacaan kanak-kanak tanpa mengira bentuk penulisannya sama ada buku cerita berbentuk fiksyen

Pengenalan kepada Sastera Kanak-kanak

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Hadijah Rahmat (2006), sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan tersebut boleh dalam bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak, bahan seperti buku-buku bergambar yang berwarna dan bahan bacaan yang diaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyak untuk menarik minat kanak-kanak membaca. Bahan tersebut sangat penting kerana kebolehan membaca banyak bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti membaca buku cerita, melihat pelbagai jenis buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan mengumpulkan buku pelbagai warna. Hal ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik. Asas-asas bahasa ini akan terus berkembang mengikut pertam

Pengenalan kepada Perkamusan

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Kridaklasana (1984), perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik terapan yang memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus. Leksikografi merupakan cabang linguistik terapan yang terdiri daripada pemerhatian, pengumpulan, pemilihan, dan keterangan unit-unit dalam kumpulan perkataan dan ungkapan dalam satu atau lebih bahasa. Leksikografi memerlukan bantuan leksikologi. Leksikologi ialah bidang ilmu bahasa interdisiplin yang mengkaji leksikon, leksis, dan leksem. Oleh itu, bidang ini bersifat teoritis, manakala leksikografi merupakan kaedah dan teknik menyusun kamus. Leksikografi dan leksikologi mempunyai perkaitan yang rapat dalam perkembangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Hal ini kerana perakaman perbendaharaan kata dilakukan melalui penghasilan kamus. Tugas ahli leksikografi adalah untuk menghasilkan sebuah kamus. Dalam penghasilan kamus, terdapat beberapa perkar