Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Konsep Akhlak Pelajar Menurut Islam dan Pengaplikasian Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq yang membawa maksud peri laku, perangai atau tabiat. Menurut Mardzelah Makhsin (2003), akhlak merupakan suatu sifat yang tertanam dalam diri yang mana dapat mezahirkan sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Dalam erti kata yang lain, akhlak merupakan sebarang bentuk perbuatan yang dizahirkan oleh seseorang individu tanpa perlu membuat pertimbangan terlebih dahulu. Safee Zakaria dan Mohd Zin Dalid (2007) menyatakan bahawa akhlak merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu. Akhlak juga dapat takrifkan sebagai sebarang bentuk perlakuan yang tidak memerlukan daya pemikiran dalam melakukan sesuatu. Akhlak dalam Islam adalah universal iaitu merangkumi suatu konteks yang agak luas. Salah satu da

Implikasi Hukuman Jenayah Zina Menurut Islam untuk Memelihara Kesucian Keturunan dalam Sistem Masyarakat di Malaysia

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Mardzelah Makhsin (2003) mentakrifkan zina sebagai suatu aktiviti persetubuhan yang tidak sah antara lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Perbuatan zina ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam sejarah manusia kerana perbuatan tersebut telah bermula sejak zaman (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman et al., 2001). Dalam konteks era modenisasi kini, perbuatan zina kian berleluasa dalam kalangan generasi muda. Perkara tersebut dapat dilihat menerusi kajian yang dilakukan oleh Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyatakan bahawa bilangan remaja yang terlibat dalam aktiviti zina kian meningkat. Berdasarkan data statistik yang diperoleh daripada kajian tersebut, kadar perzinaan dalam kalangan remaja di negara ini meningkat daripada 0.9 peratus pada tahun 1994 kepada 8.3 peratus pada tahun 2012. Implikasi daripada perbuatan zina tersebut telah menyebabkan pelbag

Konsep Syarahan

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Berdasarkan pendefinisian yang diberikan oleh Kamus Dewan (2013), syarahan dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti komunikasi secara sehala yang disampaikan dalam bentuk ucapan kepada sekelompok pendengar atau audiens. Penyampaian syarahan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan untuk mempengaruhi pendengar supaya bersetuju dengan apa yang ingin disampaikan. Syarahan seperti ceramah melibatkan penyampaian buah fikiran tentang sesuatu perkara secara lisan. Oleh yang demikian, kandungan isi syarahan hendaklah berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan.             Menerusi penyampaian syarahan, audiens boleh   mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal ehwal semasa yang menarik atau penting untuk diketahui (Muhammad Syamil, 2016). Dalam hal ini, gaya penyampaian syarahan mestilah lancar dan disampaikan dengan nada yang beral

Contoh Laporan Temu Bual Peranan Guru sebagai Pemimpin Profesional dalam Pelbagai Aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Pada 28 Februari 2019, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan salah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Batu 4 Jalan Apas, Tawau. Tujuan saya melakukan sesi temu bual tersebut adalah untuk mengetahui berkenaan dengan peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Perkara tersebut bertepatan dengan keperluan tugasan kursus asas pendidikan iaitu EDUP3083 Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru yang mana memerlukan saya untuk menjalankan sesi temu bual terhadap guru di sekolah pilihan saya semasa menjalani internship. Guru yang ditemu bual merupakan Ketua Panitia Matematik di sekolah tersebut dan mempunyai pengalaman mengajar selama 27 tahun bermula pada tahun 1992. Bentuk temu bual yang telah saya laksanakan adalah temu bual separa berstruktur untuk membolehkan saya melakukan penyoalan lebih lanjut berdasarkan jawapan yang dikemukakan oleh res

Peningkatan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru Berdasarkan Teori Trotter (1986)

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan peningkatan profesionalisme profesion keguruan sebagai salah satu fokus utama. Dalam usaha untuk memastikan hasrat tersebut direalisasikan dengan jayanya, guru seharusnya mengambil tindakan proaktif ke arah meningkatkan profesionalisme profesion keguruan sejajar dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut. Untuk meningkatkan profesion keguruan seperti mana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, guru sebagai entiti utama dalam pelaksanaan kurikulum pada peringkat sekolah seharusnya mengambil langkah yang proaktif dalam meningkatkan pembangunan diri dan kerjaya yang dilihat sebagai mekanisme utama untuk meningkatkan martabat profesionalisme keguruan. Dalam hal ini, aspek pembangunan diri dan pembangunan kerjaya merupakan perkara yang penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan