Implikasi Hukuman Jenayah Zina Menurut Islam untuk Memelihara Kesucian Keturunan dalam Sistem Masyarakat di Malaysia
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Mardzelah Makhsin (2003) mentakrifkan zina sebagai suatu aktiviti
persetubuhan yang tidak sah antara lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan
perkahwinan. Perbuatan zina ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam sejarah
manusia kerana perbuatan tersebut telah bermula sejak zaman (Nik Hassan
Shuhaimi Nik Abdul Rahman et al., 2001). Dalam konteks era modenisasi kini,
perbuatan zina kian berleluasa dalam kalangan generasi muda. Perkara tersebut
dapat dilihat menerusi kajian yang dilakukan oleh Global Kesihatan Pelajar
Sekolah (GSHS) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
yang menyatakan bahawa bilangan remaja yang terlibat dalam aktiviti zina kian
meningkat. Berdasarkan data statistik yang diperoleh daripada kajian tersebut,
kadar perzinaan dalam kalangan remaja di negara ini meningkat daripada 0.9
peratus pada tahun 1994 kepada 8.3 peratus pada tahun 2012. Implikasi daripada
perbuatan zina tersebut telah menyebabkan pelbagai masalah sosial dalam
kalangan remaja pada masa ini. Mohamad Razif Mohamad Fuad (2017) menyatakan
bahawa perbuatan zina merosakkan kehidupan, keturunan, menjatuhkan maruah
seseorang dan membawa kepada pelbagai lagi gejala sosial yang buruk. Oleh yang
demikian, agama Islam meletakkan zina sebagai perbuatan yang keji dan buruk
seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat ke-32.
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu
adalah perbuatan yang keji dan sesuatu yang buruk”. (Surah al-Isra’, ayat 32).
Menurut
Abu Mazaya Al-Hafiz dan Abu Izzat Al-Sahafi (2004) menyatakan bahawa pesalah
zina dapat diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu zina muhsan dan zina bukan
muhsan seperti mana yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Zina mushan
merujuk kepada pesalah zina sama ada lelaki atau wanita yang telah berkahwin
tetapi melakukan persetubuhan dengan
individu yang haram baginya. Undang-undang Islam telah menetapkan bahawa
hukuman bagi pesalah zina yang tergolong dalam kelompok zina mushan ialah
direjam dengan menggunakan batu sehingga meninggal dunia. Perkara ini dapat
pendapat para ulama yang telah menetapkan hukuman tersebut berdasarakn sabda
Rasulullah SAW seperti yang berikut:
Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Safaee
Zakaria dan Mohd Zin Dalid (2007), zina bukan muhsan
merujuk kepada pesalah zina yang belum berkahwin akan tetapi telah melakukan
persetubuhan tanpa berkahwin dengan sah. Hukuman yang telah ditetapkan bagi
penzina muhsan berlandaskan undang-undang Islam ialah sebatan sebanyak seratus
kali. Hal ini dapat dilihat menerusi firman Allah SWT dalam surah Aan-Nur ayat
ke-2.
Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus
kali sebatan; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan
terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jikalau benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa
yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman".
(Surah an-Nur, ayat 2)
Mentaliti masyarakat
kini yang bersifat liberal telah menyebabkan hukum jenayah zina berdasarkan
undang-undang Islam tidak dapat dipraktikan. Kebanyakan masyarakat di negara
ini berpendapat bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut tidak relevan dalam
pada masa ini. Mereka beranggapan bahawa hukuman tersebut tidak mementingkan
aspek peri kemanusiaan. Sekiranya
diteliti secara lebih mendalam, hukuman jenayah zina yang telah diwahyukan oleh
Allah SWT tersebut dilihat mampu memelihara kesucian keturunan dalam sistem
masyarakat di Malaysia atas beberapa sebab. Perkara tersebut dapat dibuktikan
menerusi beberapa kajian dalam pelbagai bidang khususnya bidang sains bahawa
hukuman jenayah zina berdasarkan undang-undang Islam dapat menjamin
kesejahteraan ummah atas beberapa faktor.
Jamnul Azhar Mulkan (2001) menyatakan bahawa
hukuman jenayah zina berlandaskan undang-undang Islam dapat mengelakkan
daripada merebaknya penyakit yang berkaitan dengan aktiviti seks. Individu yang
melakukan zina mempunyai risiko untuk menghidap penyakit sindrom kurang daya
tahan melawan penyakit (AIDS) menerusi air mani dan cecair faraj. Untuk
mengelakkan individu yang melakukan perbuatan zina tersebut menghidap penyakit
AIDS, sebatan pada bahagian belakang tulang belakang individu tersebut merupakan
cara yang terbaik. Hal ini demikian kerana, sebatan tersebut akan merangsang
penghasilan semula antibodi T4 limfosit
yang baharu untuk melawan virus yang membawa AIDS. Namun demikian, kadar
penghasilan sel-sel T4 limfosit bagi
individu yang telah berkahwin adalah lemah. Kelemahan tersebut disebabkan oleh
sum-sum tulang mereka kurang menghasilkan antibodi T4 limfosit kerana fungsinya lebih tertumpu pada proses penghasilan
sperma baharu. Fenomena tersebut menyebabkan pesalah zina yang telah berkahwin
tidak dapat diselamatkan daripada menghidap penyakit AIDS. Berdasarkan
pernyataan tersebut, hukuman yang terbaik bagi mengelakkan wabak AIDS tersebut
menular dalam kalangan masyarakat di negara ini ialah hukuman rejam sehingga
mati. Konklusinya, pelaksanaan hukum jenayah zina menurut undang-undang Islam
dapat mengelakkan daripada berlakunya penularan penyakit kelamin yang mampu
merosakkan masyarakat.
Pelaksanaan hukuman jenayah zina berlandaskan undang-undang
Islam dapat memelihara keturunan yang suci dalam sistem masyarakat kerana
hukuman tersebut menjaga kehormatan kaum wanita. Sebelum wujudnya undang-undang
Islam yakni ketika zaman jahiliyah, kaum wanita diperlakukan seperti golongan
hamba yang bertujuan untuk memuaskan syahwat kaum lelaki (Nik Shuhaimi Nik
Abdul Rahman, 2001). Keadaan tersebut sudah tentu menyebabkan berleluasanya
kelahiran anak luar nikah yang mengakibatkan kesucian keturunan terjejas kerana
nasabnya tidak jelas. Dengan wujudnya hukum jenayah zina dalam Islam, martabat
kaum wanita telah diangkat kerana hukuman yang diperuntukkan terhadap pezina
adalah ketat. Dalam hal ini, larangan terhadap perbuatan zina merupakan salah
satu bentuk penghormatan kepada kaum wanita. Seandainya maruah kaum wanita
dihormati, secara tidak langsung keturunan yang bersih dapat dipelihara pada
masa yang sama kadar kelahiran anak luas nikah dapat dikurangkan. Deduksinya,
hukuman jenayah zina berlandaskan undang-undang Islam dapat dapat memelihara
keturunan yang suci dalam sistem masyarakat di Malaysia kerana hukuman tersebut
menjaga kehormatan kaum wanita.
Menerusi pelaksanaan hukuman jenayah zina
menurut undang-undang Islam, perkahwinan sesama nasab. Dengan melaksanakan
hukum jenayah zina berpandukan undang-undang Islam, kesedaran dalam kalangan
masyarakat tentang bahayanya zina dapat ditingkatkan. Sekiranya hukum jenayah
zina berlandaskan undang-undang Islam tidak dilaksanakan, anggota masyarakat
terutamanya generasi muda akan lebih berani untuk melakukan perbuatan zina
disebabkan oleh tidak terdapat pelaksanaan undang-undang yang ketat. Menurut
Madzelah Makhsin (2003), perbuatan zina akan menyebabkan pasangan yang terlibat
dalam aktiviti perzinaan membuang anak yang terhasil daripada persetubuhan
haram tersebut. Hal ini demikian kerana, pasangan tersebut tidak bersedia untuk
memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa selain daripada bertujuan untuk menutup
perbuatan keji mereka. Perkara tersebut sudah tentu menyebabkan anak yang
dilahirkan tidak mempunyai nasab yang jelas. Sekiranya anak tersebut dewasa,
berkemungkinan anak tersebut berkahwinan dengan individu yang haram dikahwini
olehnya seperti adik-beradik dan sebagainya kerana nasabnya yang tidak jelas.
Perkara tersebut sudah tentu menyebabkan kesucian institusi perkahwinan
terjejas. Intihanya, pelaksanaan hukum jenayah zina berdasarkan undang-undang
Islam dapat memelihara kesucian ikatan perkahwinan kerana mengelakkan daripada
berlakunya perkahwinan sesama nasab.
Secara holistik, pelaksanaan hukum jenayah zina
bertunjangkan undang-undang Islam dapat memelihara keturunan yang bersih dalam
sistem masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, hukum jenayah zina
tersebut dapat mengelakkan daripada merebaknya penyakit yang boleh menjejaskan
kesejahteraan masyarakat. Hukum jenayah zina juga menghormati kaum martabat
wanita sebagai individu yang melahirkan zuriat yang suci dan mengelakkan
berlakunya perkahwinan sesama nasab. Dalam konteks hidup bermasyarakat, rakyat
Malaysia seharusnya bekerjasama bagi membendung gejala zina yang kian
berleluasa pada masa ini untuk menjaga keturunan. Hal ini demikian kerana,
perbuatan zina merosakkan keturunan menerusi kelahiran anak luar nikah. Oleh
itu, hukum jenayah zina bertunjangkan undang-undang Islam seharusnya
dilaksanakan bagi mengatasi masalah zina terutamanya dalam kalangan remaja.
Ulasan
Catat Ulasan