Konsep Syarahan
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Berdasarkan pendefinisian yang
diberikan oleh Kamus Dewan (2013), syarahan dapat ditakrifkan sebagai suatu
aktiviti komunikasi secara sehala yang disampaikan dalam bentuk ucapan kepada
sekelompok pendengar atau audiens. Penyampaian syarahan menjelaskan
perkara-perkara tentang sesuatu tajuk mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan untuk mempengaruhi pendengar supaya bersetuju dengan apa yang ingin
disampaikan. Syarahan seperti ceramah melibatkan penyampaian buah fikiran
tentang sesuatu perkara secara lisan. Oleh yang demikian, kandungan isi
syarahan hendaklah berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh
yang relevan.
Menerusi penyampaian syarahan,
audiens boleh mendapatkan maklumat
tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal ehwal semasa yang
menarik atau penting untuk diketahui (Muhammad Syamil, 2016). Dalam hal ini,
gaya penyampaian syarahan mestilah lancar dan disampaikan dengan nada yang
beralun iaitu nada tinggi untuk menegaskan pendapat, nada perlahan untuk merayu
atau meminta simpati, nada sederhana untuk memujuk dan nada tinggi untuk
membakar emosi dan semangat pendengar. Intihanya, aktiviti syarahan dapat
mempengaruhi pendengar atau audiens supaya bersetuju dengan apa yang
disampaikan oleh seseorang pengucap.
I like DEEZ NUTZ
BalasPadamInfo yang sangat menarik
BalasPadamsaya agak faham info ini tq
BalasPadambaiklah
BalasPadam