Ciri-ciri Budaya
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Masyarakat Malaysia mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang
menjadi amalan masyarakat Malaysia menunjukkan keperibadian, identiti, dan jati
diri masyarakat tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap
budaya dapat menjelaskan budaya sesuatu masyarakat. Terdapat beberapa ciri
budaya masyarakat seperti bersifat dinamik, menerima dan menolak unsur
tertentu, diwarisi dan berkesinambungan.
(i) Bersifat
dinamik
Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan
dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa, dan
kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu misalnya, menerima kedatangan Islam
dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-kelamaan, budaya Hindu dan
Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin dilupakan. Dari
sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pada masa
dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan
kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan
perdagangan.
(ii) Menerima
dan menolak unsur tertentu
Penolakan atau penentangan terhadap
perubahan asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan
mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Ada juga penolakan
berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan.
Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana anggota masyarakat bersedia
untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya.
Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan
nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan
dengan agama.
(iii) Diwarisi
Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang
lain. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu
diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan
dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi
daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam
Al-Quran dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada erbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran zaman.
(iv) Proses
Kesinambungan
Setiap
kebudayaan mengalami perubahan dan proses kesinambungan, sama Kebudayaan
mengalami proses kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam
bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan,
nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk
sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan
daya kreativiti masyarakat untuk mencipta pelbagai bentuk seni bina rumah pada
hari ini. Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan dalam
beberapa aspek tertentu.
Sangat membantu, harap ii ini sumber yang betul
BalasPadamalhamdulillah sumber blogspot
Padam