Konsep Melayu


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Menurut Husin Fateh Din dan Nazariyah Sani (2014), perkataan Melayu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘Malaya’ atau daripada perkataan Tamil ‘Malai’ yang bererti bukit atau tanah tinggi. Terdapat juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada Sungai Melayu di Jambi. Secara amnya, isitlah Melayu merujuk kepada bangsa austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu yang juga disebut sebagai gugusan pulau Melayu. Gugusan pulau Melayu meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan juga gugusan pulau-pulau Indonesia. Oleh sebab itu, selepas Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam kalangan pejuang Melayu untuk menubuhkan sebuah negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang bernama Melayu Raya. Walau bagaimanapun, percantuman dua buah negara tersebut tidak berlaku sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1972, Istilah Melayu telah ditakrifkan oleh UNESCO sebagai sebuah suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Meskipun begitu, menurut Perlembagaan Malaysia, istilah ‘Melayu’ hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dalam erti kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. Hal ini demikian kerana agama menjadi rujukan penjenamaan Melayu.

            Secara ringkasnya, Melayu dapatlah didefinisikan sebagai negara bangsa yang tinggal di kawasan Austronesia. Bangsa Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Dalam konteks negara Malaysia pula, definisi Melayu terlalu sempit kerana hanya menggangap individu yang menganuti agama Islam sebagai Melayu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran