Konsep Drama
Penulis: Muhammad Al
Afzan bin Ali Hussin
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa
drama berasal berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani iaitu droamai yang membawa maksud bertindak
balas. Tradisi drama dikatakan telah wujud pada zaman kegemilangan tamadun
Yunani, iaitu pada sekitar abad kelima sebelum Masihi. Perkara tersebut dapat
dibuktikan melalui penemuan bukti yang bertulis iaitu naskhah drama kuno di
Yunani yang mengandungi isi cerita berupa penyembahan terhadap dewa-dewa
Yunani. Naskhah tersebut telah ditulis oleh Aeschylus yang dikatakan hidup pada
antara tahun 525-456 sebelum Masihi.
Secara amnya, drama dapat
didefinisikan sebagai sebuah karya sastera
yang ditulis dalam bentuk dialog
dan dipentaskan dan dilakonkan oleh pelakon. Pementasan drama juga
dikenali sebagai drama (Husin Fateh Din dan Nazariyah Sani, 2014). Berdasarkan
takrifan yang diberikan oleh Ismail Yusof (2008), drama juga dapat diertikan
sebagai suatu kisah yang dicertikan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang
memegang peranan sebagai watak-watak dalam sesebuah kisah drama. Dalam drama,
aksi dan diolog adalah aspek yang memainkan peranan penting baik sebagai isi
mahupun sebagai cara persembahan. Aspek yang cuba digambarkan oleh drama ialah
kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para
watak yang terdapat dalam drama tersebut. Kebiasaannya, skrip atau naskhah
drama dirancang untuk dipentaskan. Sesebuah drama dihayati oleh penonton secara
langsung dan tanpa henti. Oleh yang demikian, sesebuah karya drama itu tidak
boleh terlalu panjang dan harus mampu menarik perhatian para penonton. Drama
moden yang wujud pada hari ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
drama sandiwara, drama realisme dan drama Absurd seperti yang ditunjukkan oleh
jadual di bawah:
Jenis Drama
|
Huraian
|
Drama Sandiwara
|
Drama jenis ini masuk ke
Tanah Melayu melalui kumpulan Miss Ribut, Dardanella dan Bolero sekitar tahun
1935 yang mengakhiri drama bangsawan. Sandiwara ialah drama pentas yang
memiliki skrip dan menggunakan khidmat pengarah. Zaman sandiwara di Malaysia
memiliki tiga bentuk drama, iaitu:
Antara ketiga-tiganya, drama
sejarah yang paling banyak dihasilkan. Hal ini bersesuaian dengan semangat
kebangsaan yang meluap-luap di kalangan rakyat pada masa itu. Drama purba
mengandungi cerita yang berkisar di istana atau rakyat biasa di perdesaan. Drama
pra-realisme lahir sebelum kemunculan drama realisme. Sandiwara termasuk di
dalam aliran romantisisme.
|
Drama Realisme
|
Drama jenis ini terhasil
apabila dramatis di Malaysia menggunakan bahan cerita yang diambil daripada
permasalahan-permasalahan yang timbul dalam kehidupan sehari-hari. Oleh sebab
itu, bentuk baru ini menggunakan bahan, dialog, setting dan cara
pementasan yang realistik. Sehubungan itu, aliran yang digunakan untuk
menghasilkannya ialah realisme. Drama jenis ini muncul pada tahun 1960-an.
|
Drama Absurd
|
Pada tahun 1970-an lahir
dramatis Malaysia yang melarikan diri daripada tradisi realisme. Mereka
mempersoalkan hal-hal yang berhubung dengan kejiwaan dan konflik batin
manusia. Sehubungan itu, mereka menyeret eksistensialisme yang dilihat dari
kaca mata Timur dan penonjolan watak surealis. Harus diingat bahawa
absurdisme di Malaysia merupakan karya-karya yang anti-realisme, sukar
difahami, cenderung kepada fantastik, abstrak, berunsur mimpi dan sukar
dihayati. Semua drama absurdisme dilahirkan melalui pengaplikasian aliran
absurdisme.
|
salam.. dimana dapatkan rujukan ?
BalasPadam