Fungsi Kritikan Sastera
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Hashim Awang (1985), kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan apresiasi terhadap hasil genre kreatif yang lain, seperti puisi, novel, cerpen dan drama. Kritikan terhadap sesuatu karya kesusasteraan dilakukan secara internal dan eksternal. Kajian secara internal merujuk kepada aktivit menganalisis teks berdasarkan meneliti hal strukturnya, diksi, makna cerita, dan kemungkinan ketaksaan atau ambiguiti. Manakala, kritikan secara eksternal menekankan konteks atau dominasi kepada faktor di luar teks. Oleh yang demikian, kritikan dihubungkaitkan dengan biodata pengarang sesuatu karya yang merangkumi pendidikan, profesion, ideologi, agama dan budaya serta pengaruh persekitaran. Kritikan sastera merupakan cabang ilmu yang mempunyai beberapa fungsi tertentu.
Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Hashim Awang (1985), kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan apresiasi terhadap hasil genre kreatif yang lain, seperti puisi, novel, cerpen dan drama. Kritikan terhadap sesuatu karya kesusasteraan dilakukan secara internal dan eksternal. Kajian secara internal merujuk kepada aktivit menganalisis teks berdasarkan meneliti hal strukturnya, diksi, makna cerita, dan kemungkinan ketaksaan atau ambiguiti. Manakala, kritikan secara eksternal menekankan konteks atau dominasi kepada faktor di luar teks. Oleh yang demikian, kritikan dihubungkaitkan dengan biodata pengarang sesuatu karya yang merangkumi pendidikan, profesion, ideologi, agama dan budaya serta pengaruh persekitaran. Kritikan sastera merupakan cabang ilmu yang mempunyai beberapa fungsi tertentu.
Antara fungsi kritikan sastera ialah untuk menentukan
sama ada sesebuah karya kesusasteraan itu bermutu atau sebaliknya (Lutfi Abas,
1995). Dalam melakukan kritikan terhadap sesebuah karya sastera, pengkritik
harus bersikap adil dan saksama terhadap sesebuah karya serta pengarang karya
tersebut. Pembacaan secara berulang kali terhadap sesebuah karya sastera perlu
dilakukan oleh pengkritik bagi membolehkan seseorang pengkritik itu memahami
makna tersirat dan tersurat yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Oleh yang demikian, pengkritik seharusnya
memberikan hujah dan contoh yang konkrit untuk membuktikan bahawa sesebuah
karya sastera itu bermutu tinggi dalam pelbagai aspek. Sekiranya pengkritik
menyatakan bahawa karya sastera tersebut tidak bermutu tinggi, pengkritik perlu
menunjukkan kelemahan, kekurangan, kerendahan pencapaian mutu seni karya
sastera tersebut. Oleh yang demikian, kepakaran pengkritik amat diperlukan
dalam menentukan mutu sesebuah karya sastera.
Selain itu, kritikan sastera juga berperana
untuk mencetuskan pemikiran baharu dan percambahan minda dalam kalangan anggota
masyarakat. Pembaca atau penulis karya juga berhak menilai sesuatu kritikan.
Adakalanya, hasil kritikan itu diterima dan ada kalanya tidak diterima.Sama ada
idea atau pemikiran pengkritik itu diterima atau ditolak,pembaca atau penulis
boleh mengemukakan idea baharu untukmenyanggah atau memperkembangkan idea asal
pengkritik. Adakalanya pula, penulis atau pengkritik lain akan mempertahankan
ideapenulis berkenaan menyebabkan berlakunya polemik. Polemik adalahpenting dalam
kegiatan kesusasteraan. Ia membantu merancakkanperkembangan kesusasteraan dan
ilmu. Dari polemik itu akanmencetus pemikiran baharu. Misalnya, pihak yang
tidak bersetuju dengan Teori Formalistik akan mengemukakan idea baharu
untukmenggantikannya. Teori pengganti dikenali sebagai Teori
Struktural.Kemudian, Teori Struktural dikembangkan pula oleh pengkritik lain
dan dinamakan Teori Struktural Genetik, Teori Struktural Dinamis dan begitulah
seterusnya. Idea menghasilkan Teori Persuratan Baru oleh Mohd. Afandi Hassan
tercetus kesan daripada kritikan beliau terhadap Syarahan Perdana Dr. Muhammad
Haji Salleh yang berjudul Puitika Melayu:
Satu Pertimbangan. Idea menghasilkan Teori Rasa-Fenomenologi oleh Suhaimi
Abdul Aziz adalah kesan daripada kritikanterhadap Teori Fenomenologi (dari
Barat) dan Teori Rasa (dari India).
Peranan
kritikan sastera yang seterusnya ialah membolehkan para pembaca memahami
sesuatu karya sastera menerusi penerangan tentang karya tersebut beserta
pengarangnya dengan jelas (Rahman Shaari, 1998). Kebiasaannya, pengarang
mempunyai motif tertentu dalam menghasilkan karya. Pengarang ingin mengutarakan
pelbagai idea menerusi karyanya untuk dikritik atau dikongsi bersama pengkritik
dan pembaca. Dalam mengutarakan buah fikirannya, pengarang menggunakan
kaedahnya yang tersendiri. Sebagai tamsilan, pengarang akan memilih diksi yang
tertentu, simbol tertentu yang harus diasosiasikan atau ditafsirkan sesuai
dengan isu yang ditampilkan dalam karya.
Ada kalanya, pengarang mengjungkirbalikkan sesuatu isu bagi melontarkan
kritikannya atas sebab-sebab tertentu. Malah, tidak mustahil pula pengarang
menghasilkan karya dalam bentuk satira, dan parodi bagi mencapai sesuatu
matlamat. Pengkritik yang peka terhadap karya sastera sudah tentu berupayah
untuk mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk
membolehkan para pembaca memahami karya sastera tersebut. Pengkritik juga
sewajarnya membantu pembaca menghuraikan segala makna atau citra yang
tersembunyi dalam simbol-simbol dan mengasosiasikan kemungkinan-kemungkinan
antara teks dan konteks. Keupayaan dan
kekritisan pengkritik dalam mengkritik karya sastera mengembangkan pengetahuan
baharu dalam kalangan pembaca.
Menurut Muhammad Hj. Salleh (1998), kritikan
sastera juga berperanan dalam pembinaan dan pendekatan kesusasteraan yang
baharu. Hal ini demikian kerana, kewujudan teori atau pendekatan sastera yang
baharu tersebut didorong oleh kritikan yang dilakukan terhadap sesebuah karya
sastera. Hal ini bermakna, pendekatan dan teori kritikan akan sentiasa
mengalami perubahan, modifikasi dan perkembangan apabila munculnya teori-teori
yang baharu. Sebagai contoh, pendekatan strukturalisme telah dikembangkan oleh
Jaque Derrida dengan pendekatan baharu yang disebut sebagai poststrukturalisme.
Demikian juga pendekatan sejarah yang telah mewujudkan praktis pensejarahan
baharu yang disebut sebagai New
Historicism dengan kerangka pemikiran yang baharu. Pertumbuhan dan
perkembangan teori sejak awal kemunculannya pada era Yunani hingga ke hari ini
adalah bergerak atas landasan kritikan. Secara interteori, kritikan akan
membantu memperluaskan perkembangan sastera dari semasa ke semasa dengan
pelbagai pembaharuan. Kritikan dalam
konteks ini menjadi tunjang perluasan dan perkembangan ilmu baharu, terutamanya
dalam bidang kesusasteraan itu sendiri.
Fungsi kritikan sastera yang berikutnya adalah
untuk memperjelaskan aspek-aspek penting dalam binaan sesebuah karya (Rahman
Shaari, 1981). Aktiviti menilai karya kesusasteraan tidak akan terlepas
daripada membincangkan perihal kekuatan dan kelemahan karya berkenaan.
Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dianggap kurang bermutu oleh ahli
panel Peraduan Mengarang Novel sempena 10 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka, dan
pengkritik Mohd Affandi Hassan, namun bagi A. Teeuw novel Salina dianggap
bermutu dan mencapai taraf antarabangsa. Perbezaan ini terjadi kerana bagi
pihak yang menolak novel Salina, mereka menilai dari aspek moral manakala pihak
yang menerima, mereka menilai dari aspek seni sastera dan nilai kemanusiaan
sejagat. Oleh sebab itu saya menyarankan, lebih baik menganalisis karya-karya
kesusasteraan Malaysia menggunakan teori atau pendekatan yang dihasilkan oleh
rakyat Malaysia sendiri. Hal inilah yang dikatakan ‘dapat memperjelaskan
aspek-aspek penting dalam karya’ sebagai bukti hujahan terhadap penerimaan dan
penolakan. Seterusnya, apabila pengkritik membicarakan aspek-aspek yang membina
karya secara tidak langsung telah memperkenalkan aspek-aspek kesusasteraan itu
sendiri. Misalnya gaya bahasa jenis matafora, personifikasi, atau plot bentuk
kronologi atau teknik naratif, imbas kembali dan sebagainya.
Ulasan
Catat Ulasan