Konsep Sastera Moden


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Abu Bakar Hamid (1992) menyatakan bahawa hasil karya selepas tahun 1800 Masihi diklasifikasikan dalam sastera moden. Pembahagian dari aspek masa ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu. Pembahagian masa ialah kaedah yang paling mudah untuk membezakan aliran dalam sastera. Faktor lain yang memisahkan sastera Melayu moden dengan sastera Melayu klasik ialah cara sesuatu masyarakat itu berfikir. Tamsilannya, sajak bebas yang wujud pada masa kini merupakan satu penyimpangan daripada bentuk puisi lama seperti pantun dan syair dalam kesusasteraan Melayu klasik. Begitu juga dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dianggap orang yang membawa perubahan dalam kesusasteraan Melayu moden. Terdapat banyak karya yang dihasilkan oleh beliau antaranya adalah Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Kedua-dua karya tersebut merupakan karya yang dianggap menyimpang daripada bentuk tradisi, sama ada dari segi isi, bentuk atau semangatnya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran