Sastera Epik
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Siti Hajar Abdul Aziz
(2011) menyatakan bahawa sastera epik yang juga disebut sebagai sastera
pahlawan. Genre sastera ini bersifat sejagat, iaitu terdapat dalam kebanyakan
karya sastera di dunia. Sastera Rom, Yunani, Jerman dan Inggeris mengemukakan
konsep kepahlawanan yang sama dalam hasil karya epiknya, misalnya watak Archilles, Hercules dan Theseus. Sastera epic mementingkan
nilai kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Unsur peribadi yang mulia dan
murni, penuh sifat kemanusiaan dan pengabdian diri terdapat dalam diri tokoh
yang menjadi watak utama dalam karya sastera tersebut. Tokoh tersebut diberikan
gambaran secara berlebih-lebihan sehingga menjadikannya sempurna dan disanjung
oleh anggota masyarakat. Ada kalanya, pahlawan tersebut dikatakan tidak mati,
tetapi masih hidup sehingga ke zaman sekarang seperti Hang Tuah. Jika dimatikan
pun adalah kerana mereka merupakan makhluk biasa yang diciptakan oleh tuhan dan
pengarang tidak dapat menolak kebenaran tersebut. Genre kesusasteraan Melayu
jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu epic kebangsaan yang
diwakili oleh Hikayat Hang Tuah dan
epic berunsur Islam seperti Hikayat
Muhamad Hanafiah dan Hikayat Amir.
Ulasan
Catat Ulasan