Sastera Undang-undang


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), sastera undang-undang merupakan hasil penulisan tradisional Melayu yang menjadi bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Dalam erti kata yang lain, sastera undang-undang merujuk kepada peraturan hidup orang Melayu yang didasarkan kepada adat resam yang turun-temurun digunakan untuk menjaga negeri dan kedudukan raja-raja Melayu. Sastera undang-undang merupakan satu bentuk karangan sastera tetapi isi kandungannya mempunyai corak undang-undang.mSastera undang-undang tidak disama ertikan dengan pengertian undang-undang pada masa kini. Hal ini demikian kerana, sastera tersebut ditulis oleh penulis istana, atas perintah oleh penulis utama, atas perintah pihak istana, menggubal dan meminda dari adapt tradisi yang sedia ada. Genre ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih. Adat Temenggung adalah seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Johor dan sebagainya. Manakala, adat Perpatih merupakan undang-undang adat yang diamalkan di Negeri Sembilan serta beberapa buah tempat di negeri Melaka dan Perak. Di daerah Minangkabau di Sumatera, telah ditemui naskhah-naskhah adat seperti Tambo Minangkabau, Tambo Adat dan Adat Istiadat Minangkabau. Terdapat juga undang-undang yang menggabungkan kedua-dua adat tersebut, iaitu Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan (Perak). Sastera tersebut mengandungi keterangan mengenai kuasa raja,dan pembesar, undang-undang dalam bentuk kesalahan dan hukuman, undang-undang awam dan adat istiadat golongan bangsawan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran