Sastera Agama


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Sastera agama atau kitab berfokus pada cerita-cerita Nabi Muhammmad SAW, iaitu tentang kehebatan dan keagungan Nabi Muhammad SAW dalam membawa dan menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sebagai tamsilan, Hikayat Bulan Berbelah menceritakan perihal Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan agama Islam yang penuh dengan cabaran dan rintangan, terutamanya yang ditimbulkan oleh kaum baginda, masyarakat musyrikin Mekah. Dalam menghadapi situasi tersebut, baginda dianugerahkan mukjizat oleh Allah SWT sebagai bukti kerasulan baginda serta kebenaran ajaran agama yang disebarkan oleh baginda. Hikayat tersebut bertujuan untuk memperlihatkan kelebihan dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW yang dapat melakukan sesuatu mukjizat yang luar biasa dan menakjubkan daripada mukjizat yang telah diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Binaan Plot