Asas Vokal dan Pengucapan dalam Drama
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Dalam drama, vokal dan pengucapan merupakan aspek yang
memainkan peranan penting untuk memastikan drama tersebut menarik perhatian
penonton. Dalam hal ini, pelakon bagi sesebuah drama memainkan peranan penting
untuk menarik minat dan perhatian penonton terhadap drama tersebut. Oleh yang
demikian, pelakon perlulah menguasai pelbagai kemahiran dalam aspek vokal dan
pengucapan. Dengan menguasai aspek tersebut, pelakon dapat melontarkan suaranya
dengan baik. Lontaran suara yang baik juga memainkan peranan penting untuk
membantu pelakon menyampaikan emosinya kepada penonton. Secara umumnya, asas
vokal dan pengucapan dalam drama dapat dibahagikan kepada pernafasan, vokal dan
variasi vokal.
Asas Vokal dan Pengucapan
|
· Pernafasan
· Vokal
· Variasi
Vokal
|
Pernafasan
Pernafasan
memainkan peranan penting dalam drama. Menurut Mana Sikana (1985), penafasan
yang baik membolehkan pelakon menghidupkan watak yang dillakonkan dengan baik.
Secara amnya, terdapat empat jenis pernafasan yang sering digunakan oleh
pelakon untuk memastikan lakonannya berkesan. Setiap perrnafasan tersebut
mempunyai fungsi tertentu yang membantu pelakon dalam lontaran vokal yang
dianggap sebagai aspek penting dalam drama. Jadual 3.2 menunjukkan jenis
pernafasan yang terdapat dalam drama:
Jenis Pernafasan
|
Huraian
|
Pernafasan dada
|
·
Hanya sesuai sebagai
aktiviti pemanasan pernafasan yang akan mengeluarkan vokal. Contohnya dalam
latihan humming.
·
Walau bagaimanapun
pernafasan dada kurang sesuai digunakan untuk melafazkan dialog kerana boleh
menjejaskan lakonan.
·
Ini kerana bahu menjadi
kaku dan dada membusung akibat udara yang diserap masuk ke rongga.
|
Pernafasan perut
|
· Pernafasan perut berlaku apabila kita menyedut udara
ke dalam perut dan melepaskannya.
· Penggunaannya lebih praktikal kerana tidak
menjejaskan aksi lakonan. Malah suara yang dikeluarkan daripada perut akan
lebih jelas dan bulat.
|
Pernafasan lengkap
|
· Pernafasan lengkap merupakan pernafasan yang
menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara sehingga mencapai tahap
minimum.
· Biasanya pernafasan ini sangat penting ketika mengeluarkan
vocal tanpa banyak pergerakan.Perna fasan ini sesuai untuk latihan menyanyi, humming dan pemanasan vokal.
|
Pernafasan diafragma
|
· Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita
mengembang apabila kita menyedut udara.
· Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia
dalam percakapan seharian.
·
Pernafasan ini tidak
banyak mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak berbanding
pernafasan perut.
|
Berikut
adalah latihan pernafasan yang digunakan oleh pelakon untuk menguasai kemahiran
lontaran vokal yang baik:
Latihan Lontaran Vokal
|
·
Menyedut udara seberapa banyak, masuk ke
dada sehingga ke perut dan tahan.
·
Gerakkan badan hingga ke batas bawah,
kemudian naik ke posisi asal sebelum melepaskan nafas yang ditahan di perut
tadi.
·
Menarik nafas dan mengeluarkannya
dengan cepat
·
Menarik nafas sedalam-dalamnya
kemudian dikeluarkan melalui mulut dengan mendesis, mengumam atau cara-cara
lain tanpa melepaskannya terus.
|
Vokal
Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006),
vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang semasa menghasilkannya, udara dari
paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa
sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran.
Bunyi vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan iaitu bunyi tersebut
dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Secara ringkas, bunyi vokal ialah bunyi bahasa
yang tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara. Oleh sebab bunyi vokal
dihasilkan melalui penyuaraan, maka pita suara merupakan alat yang memainkan
peranan penting dalam penghasilan bunyi vokal. Sekiranya bibir dan lidah berada
dalam satu keadaan, rongga yang dilalui oleh udara yang bergetar akan
menyebabkan terbitnya kelantangan yang mencirikan sesuatu bunyi vokal.
Alat
artikulasi yang terlibat secara langsung dalam penghasilan bunyi vokal ialah
lidah, bibir dan lelangit lembut (Abdullah Hassan, 2007). Lidah berperanan
menerbitkan kegiatan dan keadaan yang berbeza dan fungsi ini penting dalam
menentukan kualiti vokal. Kedudukan lidah boleh dihurailan menurut dua ukuran,
iaitu tinggi rendah dan depan belakang. Lidah boleh diturunkan
serendah-rendahnya atau dinaikkan sehingga mendekati lelangit keras dalam
menghasilkan bunyi. Dengan ini, bunyi yang terhasil boleh rendah dan boleh
tinggi.
Dalam konteks drama, kemahiran vokal
juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam kemahiran fizikal khasnya
dalam latihan obzervasi dan ilusi. Kemahiran tersebut adalah penting untuk keserasian dan kesesuaian dalam menentukan
gerak laku yang relevan dengan lontaran suara yang dilakukan. Perkara ini
adalah fundamental untuk membolehkan pelakon dalam sesebuah drama
mengkoordinasikan pengucapan dan pergerakan dengan baik. Asas vokal yang baik
sangat penting kepada seorang pelakon. Menurut Zakaria Ariffin (2001), vokal
yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:
Ciri-ciri Vokal yang Baik
|
·
Boleh didengar walau pada jarak yang jauh.
·
Sebutan yang jelas dan bulat
(artikulasi)
·
Mesej dialog sampai kepada penonton.
·
Penonton boleh tertarik dengan hanya
mendengar vokal
|
Vokal yang baik boleh dihasilkan
melalui latihan-latihan vocal yang berterusan dan berkesan. Antara latihan vokal
yang boleh dilakukan ialah:
Latihan Vokal
|
·
Tariklah nafas dan keluarkan dengan energi
sambil menyebut “wah….”, mengumam “mmm…mmm…”,
mendesis “sss…”, vokal aaa…,iii…, uuu…, eee…, ooo….Lakukan
berulang kali.
·
Gunakan melodi yang sesuai untuk
latihan vokal
·
Berteriak sekuat-kuatnya seperti
orang histeria.
·
Bersuara, berteriak, berbicara sambil
berjalan, melompat, membongkok, bergulung-gulung, berlari-lari, berpusing,
dan berbagai variasi lain.
|
Pada peringkat awal latihan tekak
akan sakit kerana lendir-lendir tekak sedang terkikis. Namun demikian, latihan
vokal jangan keterlaluan sehingga merosakkan peti suara. Latihan lebih mudah
dan sesuai dilakukan di tempat terbuka dan luas seperti dalam hutan, di kawasan
pantai, sungai dan bukit. Berikut merupakan aspek-aspek penting dalam vokal.
Komponen dalam Vokal
|
Huraian
|
Artikullasi
|
·
Artikulasi sangat
penting dalam pengucapan dialog.
·
Kecacatan artikulasi
dalam vokal boleh berlaku akibat gugup, bercakap terlalu cepat, latar
belakang (latar bahasa) dan kecacatan semulajadi (tidak boleh menyebut R, L, O dan sebagainya).
·
Oleh itu latihan
diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan kecacatan artikulasi.
·
Antaranya mengucapkan
alphabet dengan betul secara berulang-ulang dan menggunakan kepelbagaian nada
sama ada tinggi, rendah, sengau, kecil, besar dan sebagainya.
|
Getikulasi
|
· Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata
dan memberi tekanan pada kata atau kalimat pada sebuah dialog.
· Sama seperti artikulasi, getikulasi adalah berkait
rapat dengan pengucapan dialog, namun berbeza dari segi fungsinya sahaja yang
berbeza.
·
Getikulasi harus
dilakukan jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud yang berbeza. Misalnya, “Tuan lambat. Pergi!”
|
Intonasi
|
· Intonasi merupakan tekanan dalam
pengucapan dialog agar tidak mendatar dan membosankan.
· Terdapat 3 jenis intonasi iaitu :
§ Tekanan Dinamik (keras-lembut). Dilakukan untuk
memberi makna yang berbeza dalam frasa. Contohnya penekanan pada perkataan yang dihitamkan
dalam frasa di bawah:
a.
Saya tidak
bersalah !
b.
Saya tidak bersalah !
c.
Saya tidak
bersalah !
§ Tekanan Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan
nada dan bukannya seperti biasa.
§ Tekanan Tempo adalah memperlambat atau
mempercepatkan pengucapan untuk
tujuan penegasan sesuatu perkara.
|
Cross Talk
|
· Cross talk atau pengucapan mencelah juga
sangat penting untuk melatih artikulasi dan intonasi vokal.
|
Warna
Suara
|
· Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri
dan berbeza.
· Warna suara juga berbeza mengikut usia.
· Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan
warna suara orang tua. Latihan peniruan suara kanak-kanak, orang tua,
pengemis dan sebagainya boleh memberi variasi warna suara seseorang.
· Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan.
· Oleh itu sebelum mengenali vocal latihan
pernafasan perlulah dititik beratkan.
|
Pengucapan
Untuk dapat
berucap dengan baik, kelenturan alat-alat pengucapan merupakan perkara asas
yang perlu dikuasai dan dilatih dengan secukupnya. Alat-alat tersebut
termasuklah bibir. Bibir sangat berperanan dalam membentuk huruf-huruf hidup
dan huruf M-B-P. Latihan dengan membentuk mulut dengan ruang gerak yang
maksimum, otot bibir berulang membentuk bunyi A-I-U-E-O. Pada bentuk O, bibir
membuat bulatan dan jangan lupa tarik bibir ke arah depan tetap diperhatikan.
Ketika menyebut huruf A, bibir seolah-olah pada posisi menguap membentuk
lonjong maksimum. Ketika menyebut huruf I, bibir seolah-olah menarik pipi ke
bawah sehingga mulut nampak pipih.
Lakukan latihan ini berulang-ulang mulai
dengan tempoh masa untuk membentuk lambang-lambang bunyi, percepatkan temponya
semakin cepat dan cepat lagi. Lakukan latihan dengan menyuarakan gabungan huruf
mati dengan huruf di atas, menjadi MA-BA-PA, MI-BI-PI, MU-BU-PU. ME-BE-PE,
MO-BO-PO berulang-ulang dari lambat ke sedang dan cepat. Lakukan juga dengan
huruf mati yang lain. Lakukan dengan diiringi latihan pernafasan. Seterusnya
latihan alat artikulasi rahang. Latihan membantu pembentukan rongga mulut.
Tutup dan buka mulut selebar mungkin, berulang-ulang. Doronglah rahang bawah ke
muka lalu buka ke bawah lalu tarik ke arah dalam/ leher lalu tutup mulut,
rahang rapat, dorong ke muka kembali dan lakukan seterusnya berulang-ulang
semakin cepat. Seterusnya, melakukan gerakan rahang bawah ke kanan dan kiri.
Selain daripada melatih alat-alat
pengucapan, salah satu daripada tanggungjawab pelakon bagi memastikan
pengucapannya dalam keadaan yang baik, pelakon perlu memastikan suaranya
kedengaran dalam panggung teater. Suara adalah sesuatu yang amat bernilai bagi
seseorang pelakon. Bagaimanapun, seseorang pelakon itu harus bercakap dengan
lantang tanpa menjerit. Justifikasinya agar penonton dapat memahami perkataan
yang disebut oleh pelakon terbabit. Justeru, seseorang pelakon hendaklah
menggunakan sepenuhnya kekuatan suara baik dari segi vokal, artikulasi, ritma
dan tempo suara. Bagi melontarkan suara, latihan pernafasan yang betul boleh
membantu. seorang pelakon yang baik suaranya dapat didengari di seluruh
auditorium tanpa menjerit. Kunci utamanya adalah ketenangan dari kerongkong dan
rahang agar menghasilkan suara yang bergema. Kelantangan suara harus disertakan
dengan pengucapan yang jelas atau di sebut artikulasi. Hal ini kerana, suara
adalah aset yang amat bernilai kepada pelakon selain teknik atau gaya lakonan.
Variasi
Vokal
Menurut Harun Mat Piah (2006), variasi vokal saling
berkaitan dengan konteks iaitu maksud pada setiap perkataan dalam setiap ayat
yang merujuk kepada dialog sesebuah pementasan. Kemampuan membezakan suara di
dalam barisan tone yang enak mencipta kepelbagaian variasi vokal agar vokal tidak
monoton atau statik. Suara yang dapat berubah mengikut masa berpotensi mencipta
variasi vokal berkesan dengan menggunakan tingkatan nada, lingkungan, infleksi,
kekuatan, kadar atau tempo, berhenti sekejap dan irama. Berikut adalah definisi
kepada terma yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah (2006):
Jenis Variasi Vokal
|
Huraian
|
Tinggi atau rendahnya nada
(Pitch) dan lingkungan (Range)
|
Pitch adalah bagaimana
tinggi atau rendah bunyi suara. Manakala range pula adalah ukuran jarak dalam
nota antara pitch paling rendah dan paling tinggi.
|
Infleksi
|
Infleksi adalah naik
dan turunnya pitch pada suara.
|
Kekuaran (Intensity)
|
Kekuatan memasukkan
emosi di dalam menggabungkan kualiti percakapan dengan kelakuan.
|
Kadar atau Tempo
|
Kelajuan dengan satu
percakapan.
|
Tekanan
Suara
|
Tekanan suara merujuk
kepada jumlah tekanan, kekuatan atau berat vokal menempatkan sesetengah kata atau
perkataan di dalam ayat.
|
Berhenti
Seketika (Pause)
|
Permulaan penangguhan
pada suara atau keraguan dalam percakapan.
|
Irama (Rhythm)
|
Perubahan dalam
senyap, bunyi, kekuatan dan kelemahan dalam percakapan.
|
ku5aw1hc
BalasPadamsight care
cialis 20 mg
glucotrust
cialis 5 mg
viagra sipariş
cialis 100 mg resmi satış sitesi
https://shop.blognokta.com/urunler/ereksiyon-haplari/kamagra-100-mg-oral-jel-7-sase-etkili-sertlestirme-ilaci/