Konsep Prosa Tradisional


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Prosa tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa yang mudah pada zaman dahulu (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Susunan ayat dalam sastera jenis prosa tradisional disusun dalam bentuk karangan. Prosa tradisional ialah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh karangan prosa tradisional ialah mitos, legenda, cerita rakyat. Prosa merupakan satu karya yang bercorak naratif. Karya naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot yang menceritakan sesuatu peristiwa. Kebiasaannya, karya berbentuk naratif mengandungi elemen-elemen seperti watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan pencerita, tema dan gaya bahasa. Namun demikian, karya-karya prosa tidak terbatas kepada cerita naratif sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita naratif.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran