Konsep Sajak
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), sajak telah muncul pada zaman Angkatan 45. Perasaan ingin bebas dan terlepas daripada segala ikatan kelihatan agak jelas dalam bentuk puisi moden ini. Pada masa kini, tidak ada ukuran tertentu dalam menghasilkan puisi kecuali yang dipentingkan adalah isinya. Perkara yang dijadikan landasan ialah ekspresi jiwa, iaitu bahasa, bentuk rima dan persajakan harus tunduk pada cetusan jiwa pengarangnya. Sajak mempunyai falsafah yang tersendiri, iaitu tidak terikat kepada peraturan seperti bentuk-bentuk terikat puisi Melayu tradisional. Sajak merupakan puisi Melayu moden yang terlepas daripada ikatan puisi tradisional. Sajak dikatakan sebagai puisi baharu kerana memiliki sifat-sifat yang tidak terikat dengan bentuk puisi lama yang dianggap ketat dan mengongkong. Penyataan fikiran pengkarya dilukiskan secara bebas dan dinamis. Perasaan dan rasa hati mereka dapat dilahirkan dengan yakin dan puas. Segala yang diucapkan terasa lancar, segar, indah dan bebas.

Pada dasarnya, sajak masih berupa
puisi berangkap walaupun cara dan gaya penulisan dan persembahannya baharu.
Daripada cara penulisan yang baharu itulah timbul beberapa sifat sajak seperti
yang ditunjukkan jadual di bawah.
Sifat
Sajak
|
Huraian
|
Balada
|
Puisi sajak yang mengandungi cerita, kisah atau hikayat
yang berkait dengan perasaan sedih atau sesuatu kisah yang pernah dialami
oleh pengarangnya. Puisi jenis ini merupakan cerita yang telah dikarang atau
diolah menjadi sajak hinggakan perasaan yang dialami atau yang dikisahkan
oleh penyajak dapat dirasai.
|
Roman
|
Puisi
sajak mengenai cinta kasih atau curahan kasih sayang yang digambarkan dalam
bentuk sajak. Sajak jenis ini bukan sahaja bermaksud untuk menyatakan rasa
cinta terhadap seorang gadis atau kekasih, tetapi juga kasih kepada tuhan,
agama, tanah air, bangsa dan cinta kepada keadilan dan kebenaran.
|
Oda
|
Puisi sajak yang berisi sanjungan atau pujian terhadap
seseorang khususnya kepada yang telah berjasa kepada masyarakat. Sajak jenis
ini juga merupakan sanjungan terhadap tokoh-tokoh yang dikagumi, sanjungan
terhadap tanah air dan keindahan alam sekitar.
|
Epigram
|
Sajak
yang diciptakan khusus untuk memberikan sesuatu nasihat dan pengajaran. Sajak
jenis ini mengandungi semangat perjuangan, perbandingan dan dorongan untuk
maju dalam kehidupan.
|
Himne
|
Sajak yang mengandungi pujian dan pujaan yang ditujukan
khusus kepada tuhan. Sajak ini memperlihatkan curahan perasaan yang penuh
dengan keharuan terhadap kebesaran dan keagungan tuhan serta segala
nikmat-Nya.
|
Elergi
|
Sajak
yang menggambarkan keluhan jiwa dan rintihan sukma pengarang kerana duka yang
melanda jiwa. Sajak jenis ini berisi curahan perasaan yang sedih dan pilu.
Ratapan jiwa yang menyayat hati kerana ditinggalkan kekasih dan anak isteri
misalnya merupakan isi yang menjadi tumpuan sajak-sajak ini.
|
Satira
|
Merupakan sejenis sajak sindiran atau kecaman yang
dilahir kerana pengarang biasanya tidak berkenan atau tidak berkenan atau
tidak bersetuju melihat sesuatu yang tidak benar, menyeleweng dan tidak wajar
berlaku dalam masyarakat.
|
Ulasan
Catat Ulasan