Konsep Puisi Tradisional


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Puisi tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya tertentu dan tanpa menurut aturan tatabahasa yang sepatutnya. Secara umumnya, puisi sebenarnya tidak terdiri daripada ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa yang disusun dalam bentuk baris (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Lazimnya, puisi tradisonal merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibacakan pembaca akan merasakan rentaknya. Puisi merupakan karya bercorak bukan naratif. Karya bukan naratif merupakan hasil sastera yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang jika dibandingkan dengan kesusasteraan naratif. Kesusasteraan bukan naratif lahir dalam bentuk puisi.
Puisi tradisional muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk. Puisi ini dikatakan cerminan masyarakat Melayu lama kerana menggambarkan masyarakat pada zaman itu yang statik dan terikat pada adat, peraturan, dan undang-undang yang mesti dipatuhi. Puisi tradisional mempunyai kalimat yang tidak bebas, iaitu setiap jenis sudah terikat dengan bentuk dan pola tertentu. Puisi mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu. Puisi merupakan karangan berangkap dan mempunyai kalimat yang tidak terbatas. Puisi ialah ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa. Penggunaan bahasa dalam puisi padat dan mempunyai makna yang mendalam dan berkesan. Penghasilan puisi memerlukan penglibatan emosi seperti perasaan yang sensitif, pemilihan diksi, rima dan suku kata yang tertentu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran