Sastera Panji
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Sastera panji merupakan
karya sastera yang isinya berkisar sekitar kisah pengembaraan, percintaan dan
peperangan. Watak utama dalam genre sastera jenis ini menggunakan gelaran
panji. Sastera panji ialah kumpulan cerita Jawa-Melayu yang mana kesemuanya
berpusatkan Sang Panji, Putera Kuripan yang mempunyai sifat mitologi. Cerita
ini mengisahkan Panji yang berkelana untuk mencari kekasihnya yang biasanya
dinamakan Cendera Kirana, puteri Raja Daha yang hilang atau menyamarkan diri
dan menjelma sebagai manusia yang lain. Selama berkelana, Panji mengalami
pelbagai jenis peristiwa sehingga akhirnya bertemu dengan kekasihnya.
Ulasan
Catat Ulasan