Konsep Nazam


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa nazam merupakan salah satu jenis pusi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Menurut sejarah, nazam dikatakan berasal dari Parsi dan dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh pedagang dan alim ulama pada abad ke-16. Nazam juga dikenali sebagai nizam dan nabam. Pada masa kini, nazam bukanlah sesuatu hasil karya puisi yang produktif seperti pantun dan sajak. Dalam erti kata lain, tiada karya nazam baharu yang dicipta oleh pengkarya alaf ini. Nazam yang ada pada hari ini merupakan puisi-puisi lama yang didendangkan secara turun-temurun dan tidak diubah suai serta ditulis dalam tulisan jawi. Cara penyampaian nazam bergantung pada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan. Dari aspek bentuk, nazam hampir menyerupai nasyid dan boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan. Jika didendangkan secara berkumpulan, nazam biasanya terdiri daripada lima hingga lapan orang. Pada zaman dahulu, nazam dilagukan secara spontan oleh kaum wanita ketika menganyam tikar atau menidurkan anak. Kebanyakkan lirik atau seni kata nazam berbentuk puisi lama yang mengandungi pelbagai kata nasihat dan tunjuk ajar. Isi kandungannya pula biasanya berkaitan ilmu tauhid, fardhu ain, sifat rasul dan sifat 20.
Harun Mat Piah, 1988 menyatakan bahawa rima akhir bagi nazam tidak mempunyai pola tertentu, ada yang seirama dan tidak seirama. Secara umumnya, nazam terbina daripada lima hingga enam perkataan atau sepuluh hingga dua belas suku kata sebaris. Paling sempurna enam patah perkataan sebaris. Terdapat nazam yang dibina dengan cara mengulang baris misalnya baris pertama digunakan secara berulangan bagi membentuk rangkap seterusnya. Nazam mengandungi mesej seperti penceritaan kisah hidup dan mukjizat Nabi Muhammad, Pengajaran ilmu tauhid iaitu mengenal Allah dan Rasul, pengajaran ilmu fiqah iaitu hukum-hakam Islam dan pengajaran rukun Islam dan rukun iman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran