Konsep Gurindam


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Gurindam merupakan bentuk puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima akhir yang sama. Biasanya, gurindam dalam bentuk terikat yang mengandungi 3-6 patah perkataan. Gurindam dalam bentuk terikat memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Baris pertama terdiri daripada persoalan atau masalah, manakala baris kedua berupa jawapan atau kesan daripada masalah itu tadi. Kedua-dua baris tersebut merupakan kesatuan yang utuh. Gurindam dalam bentuk tidak terikat pula selalunya tidak berpasangan dan tidak berangkap atau terus menerus. Sekiranya berangkap, jumlah baris dalam serangkap itu tidak tetap jumlahnya dan mungkin berirama atau tidak. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan. Secara umumnya, isi gurindam berfokus kepada pengajaran atau panduan hidup yang sempurna.  Gurindam tidak dituturkan secara meluas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran