Rancangan Pengajaran Harian Matematik KSSR Tahun 1 (Tajuk Panjang)


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin, Nina Suriana binti Bulkin dan Vivian Paudar 

Mata Pelajaran
:
Matematik (SK)
Kelas
:
1 Ixora
Masa
:
02:00 – 03:00 petang (1 jam)
Bilangan Murid
:
25 orang (10 lelaki, 15 perempuan)
Tajuk
:
Panjang
Standard Kandungan
:
6.1 Menggunakan Unit Relatif untuk Mengukur Panjang
Standard Pembelajaran
:
(a)   Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai.
(b)   Membanding dua atau lebih ukuran objek mengunakan unit bukan piawai.
(c)   Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran panjang dalam konteks.
Objektif Pembelajaran
:
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
(a)  Menggunakan unit relatif untuk mengukur panjang
Bahan Bantu Mengajar
:
Pensel, pemadam, riben, klip kertas, jadual, slaid, lembaran kerja, kepingan manila kad, tayangan video, pelekat nombor.







Langkah Pengajaran
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Menonton video berkenaan dengan pengukuran unit bukan piawai.

Contoh soalan:
·       Nyatakan nama unit bukan piawai untuk mengukur panjang.
·       Bandingkan kedua-dua objek, yang mana panjang dan yang mana pendek?
·       Guru menayangkan video “Mengenali Ukuran Panjang’ menerusi paparan slaid kepada murid.
·       Murid menonton video yang guru tayangkan.
·       Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan video yang telah ditayangkan
·       Guru mengarahkan murid untuk mengeluarkan sebatang pensel dan pemadam.
·       Murid diminta membanding beza kedua-dua objek tersebut.
·       Guru bersoal jawab dengan murid tentang perbezaan objek tersebut.
Strategi/Teknik:
Soal Jawab, demonstrasi

Nilai:
Keyakinan

KBKK:
Menjana idea, membanding beza

BBM:
Video, paparan slaid, pensel, pemadam.
Langkah 1
(15 minit)
Mengukur Objek Menggunakan Unit Bukan Piawai




Contoh soalan:
·       Adakah jawapan kamu berbeza dengan jawapan kawan kamu?
·       Mengapa kenapa berbeza?
·       Murid diminta duduk dalam kumpulan kecil secara bertiga.
·       Guru memberikan kepingan kad manila yang sama panjang kepada setiap kumpulan kecil.
·       Guru meminta murid mengukur jumlah pensel yang diperlukan supaya sama panjang dengan kepingan kad manila yang diberikan.
·       Guru bertanya kepada murid sama ada jawapan mereka sama atau tidak.
·       Guru memberikan penerangan tentang perbezaan jawapan murid.
·       Guru menayangkan gambar pokok menerusi paparan slaid.
·       Murid dipilih secara rawak oleh guru untuk mengukur kepanjangan gambar dalam paparan slaid menggunakan jengkal.
·       Murid diminta menulis pada papan tanda dihadapan kelas berdasarkan bilangan jengkal yang digunakan.
·       Guru membetulkan cara murid melakukan pengukuran sekiranya salah.
Strategi/Teknik:
Perbincangan, Soal Jawab

Nilai:
Ketelitian

KBKK:
Membanding beza


BBM:
Kepingan kad manila, pensel, paparan slaid.
Langkah 2
(20 minit)
Membanding Objek Menggunakan Unit Bukan Piawai
·       Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
·       Guru mengedarkan 3 riben yang berlainan warna dan klip kertas kepada setiap kumpulan.
·       Murid diminta mengukur riben dengan menggunakan klip kertas.
·       Murid merekodkan ukuran tersebut dalam jadual yang diberikan.
·       Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk menulis jawapan mereka pada paparan slaid yang disediakan.
·       Guru mengarahkan murid berbincang bagi membandingkan panjang riben yang diberikan.
·       Murid diminta menyusun daripada panjang ke pendek, pendek ke panjang.
Strategi/Teknik:
Pembelajaran Konstruktivisme

Nilai:
Kerjasama, teliti

KBKK:
Membanding beza

BBM:
Riben, klip kertas, jadual, paparan slaid, pelekat nombor
Langkah 3
(15 minit)
Mengukur Menggunakan Unit Bukan Piawai
·       Guru mengedarkan lembaran kerja kepada kerja untuk dijawab secara individu.
·       Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
·       Murid dipilih secara rawak oleh guru untuk menulis jawapan di papan putih.
·       Guru meminta murid untuk menyemak jawapan secara berpasangan.
·       Guru membetulkan jawapan murid sekiranya salah.
·       Guru memberikan pujian kepada murid.
Strategi/Teknik:
Pembelajaran Koperatif Struktur Berpasangan “Pair Check

Nilai:
Tekun

KBKK:
Mengaplikasi

BBM:
Lembaran Kerja

Penilaian:
Formatif
Penutup
(5 minit)
Penutup Kognitif

Contoh soalan:
         Apakah unit piawai yang kamu telah pelajari?
·       Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pelajaran pada hari ini.
·       Guru dan murid bersama-sama merumuskan isi pembelajaran.
·       Guru memberikan pujian kepada murid.
Strategi/Teknik:
Soal Jawab

Nilai:
Keyakinan

KBKK:
Merefleks

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran