Sastera Hikayat


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Sastera hikayat dapat dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan unsur-unsur yang terdapat di dalam sastera hikayat tersebut. Sastera hikayat dibahagikan kepada tiga kelompok yang meliputi hikayat berunsur Hindu, berunsur campuran Hindu dan Islam serta Hikayat berunsur Islam (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).
Hikayat berunsur Hindu ialah sastera yang menerima secara kuat pengaruh Hindu terutama dari Hikayat Ramayana dan Mahabharata. Contoh karya ialah Hikayat seri Rama dan Hikayat Pendawa Lima. Hikayat berunsur Islam pula ialah hikayat yang menerima kuat pengaruh Islam dalam karya. Contohnya ialah Hikayat 1001 malam dan Hikayat Abu Nawas. Sastera hikayat berunsur campuran Hindu dan Islam kerana mempunyai unsur-unsur Hindu dan juga unsur-unsur Islam. Contoh karya ialah Hikayat Ahmad Muhammad dan Hikayat Si Miskin.
Cerita hikayat kebiasaanya bermula dengan menetapkan tempat atau negeri sebagai latar (Khairuddin Mohamad et al., 2014). Masalah pertama yang dinyatakan ialah raja di sesebuah negeri itu tidak mempunyai putera dan rajanakhirnya mendapat putera setelah bernazar. Setelah putera dilahirkan, ahli nujum membuat telahan bahawa sesuatu akan berlaku, sama ada kepada raja, negeri atau puteranya itu sendiri. Dalam Hikayat Gul Bakawali, putera disingkirkan kerana ahli nujum mengatakan bahawa raja akan kehilangan penglihatannya apabila putera berumur 12 tahun. Walaupun disingkir sejak kecil, apabila raja terpandang sahaja putera baginda pun menjadi buta. Putera itulah akhirnya Berjaya menemui bunga bakawali untuk mengubati mata ayahandanya. Putera tersebut akhirnya berkahwin dengan Puteri Gul Bakawali, iaitu pemilik kepada taman tersebut dan akhirnya mereka hidup dengan bahagia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran