Konsep Sastera Tulisan
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Sastera tulisan mula
diperkenalkan selepas kedatangan Islam kira-kira pada abad ke-15 dan
berkembangan dalam lingkungan istana (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Abad yang
ke-16 dianggap sebagai zaman penulisan manuskrip Melayu iaitu selepas
masyarakat Melayu di Nusantara menguasai tulisan Jawi yang diterima bersama
dengan agama Islam. Dalam abad inilah, ratusan malah ribuan manuskrip ditulis
di pelbagai daerah di alam Melayu, terutama di istana-istana dan pusat
pemerintahan. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa istana baik sebagai
penaung mahupun sebagai pendorong telah memainkan peranan yang penting dalam
penghasilan manuskrip ini.
Beberapa hasil
tulisan historiografi Melayu tradisional membuktikan penglibatan istana,
malahan raja-raja dan para pembesar sendiri dalam bidang penulisan ini. Bukan
sahaja karya-karya yang dihasilkan itu ditulis atas arahan raja atau untuk
kepentingan golongan bangsawan sendiri, seperti yang dapat dilihat dalam
penulisan karya-karya historiografi itu, malah dalam banyak hal, orang-orang
istana sendiri ikut terlibat secara langsung sebagai pengarang. Terdapat lima
jenis sastera tulisan antaranya termasuklah sastera hikayat, sastera
undang-undang, sastera epik, sastera panji, sastera agama atau kitab dan
sastera ketatanegaraan.
Ulasan
Catat Ulasan