Cerita Lagenda
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Legenda ialah cerita yang dipercayai benar-benar
berlaku, tetapi tidak dianggap suci. Tokohnya terdiri daripada manusia yang
mempunyai sifat luar biasa. Legenda memiliki unsur tokok tambah daripada cerita
sebenar. Legenda merupakan peranti komunikasi lisan bercorak cerita berasaskan
kisah-kisah. Latar masa atau sejarah tidak semestinya masa lampau, tetapi masih
ada hubungannya dengan masa lampau. Terdapat kesan atau tanda seperti kubur,
binaan dan bentuk bumi. Ada kaitannya dengan zaman sekarang kerana kepercayaan
terhadap keramatnya seperti perigi Hang Tuah.
Tokoh atau tempatnya dipercayai mempunyai sifat luar biasa. Legenda
dianggap sebagai sejarah kolektif dan bersifat universal, iaitu boleh juga
terjadi di tempat lain seperti cerita Si Tanggang.
Legenda
keagamaan merupakan cerita mengenai orang yang warak dan penyebar agama, iaitu
tokoh itu memang wujud dan menjadi perbualan masyarakat hingga menjadi
supernatural, misalnya makam Habib Noh dan Tok Kenali.
Legenda
alam ghaib atau memorat pula merupakan kisah yang dianggap benar-benar berlaku
dan pernah dialami oleh seseorang seperti pengalaman dengan makhluk ghaib.
Fungsinya untuk memperkukuh kebenaran sesuatu kepercayaan. Legenda ini
merupakan pengalaman peribadi seseorang, tetapi mempunyai motif dan elemen
tradisional seperti pengalaman pergi ke dunia ghaib.
Legenda
perseorangan ialah cerita mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap
benar-benar berlaku. Tokoh terkemuka itu menjadi fokus cerita, manakala latar
tempat dan masa menjadi pembentuk suasana. Kiraan dan unit masa bersamaan
dengan masa sebenar. Contoh watak yang wujud dalam cerita ini termasuklah Hang Tuah, Tok Perak, Sheikh Omar Basyir, Pawang
Langkat, Si Tanggang, Kubang Aji, Puteri Saadong, dan Mahsuri.
Cerita yang
berhubung tentang sesuatu tempat seperti nama tempat, bentuk topografi atau
bentuk permukaan sesuatu tempat atau muka bumi merupakan legenda tempat. Nama
tempat itu kadangkala ada kaitan dengan nama tokoh atau binatang. Legenda ini
dapat digolongkan kepada tiga, iaitu berunsur historiografi, berunsur tokoh
istimewa dan berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi. Legenda tempat berunsur historiografi
berkaitan dengan peristiwa yang rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan.
Sebagai contoh, nama negeri Sabah berasal daripada sejenis buah pisang yang
dikenali sebagai pisang saba. Legenda tempat berunsur tokoh istimewa pula
merujuk kepada nama tempat yang dikaitkan dengan tokoh istimewa yang menjadi
pengasas tempat itu. Nama tempat diberi sempena nama tokoh yang mempunyai sifat
luar biasa. Sebagai tamsilan, nama Kampung Tok Pasai yang berada di Perlis
berasal daripada nama seorang tokoh yang terlalu lurus bernama Tok Pasai.
Beliau dikatakan boleh meramalkan kejadian yang akan berlaku. Beliau meninggal dunia akibat karam di laut.
Legenda tempat berunsur tanda-tanda alam
atau bentuk muka bumi ialah cerita mengenai kesan dan tanda tersebut masih
dapat dilihat. Sebagai contoh, Batu Gajah
sempena bentuk batu yang berupa gajah. Ceritanya Sang Gedembai marah dan
menyumpah gajah menjadi batu. Selain itu, Gua
Bersanding, Gunung Bubu, Bukit Jong dan Batu
Caves.
awk ensem ke x
BalasPadam