Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis
Penulis: Muhammad Al
Afzan bin Ali Hussin
Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang kompleks.
Kemahiran tersebut dikuasai oleh murid setelah menguasai kemahiran lisan dan
kemahiran membaca. Kemahiran menulis diajarkan secara berperingkat-peringkat.
Untuk memastikan objektif pengajaran kemahiran menulis, guru boleh menggunakan
pendekatan-pendekatan tertentu seperti yang di bawah:
•
Pendekatan Terkawal
•
Pendekatan Berpandu
•
Pendekatan Bebas
•
Pendekatan Proses
•
Pendekatan Komunikatif
•
Pendekatan LEA
Pendekatan
Terkawal
Pendekatan
terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid
menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan.
Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid daripada melakukan kesalahan
baik dari segi bahasa mahupun dari segi isi. Murid menulis karangan dengan
berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Anatara aktiviti
yang sesuai dilaksanakan menurut pendekatan ini ialah menulis karangan
berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk perkataan lengkap
dan sebagainya.
Pendekatan
Berpandu
Pendekatan berpandu merupakan pendekatan menulis di mana
guru memberikan isi karangan kepada murid sebagai panduan dalam menulis. Antara
contoh aktiviti yang signifikan dengan pendekatan ini ialah murid membina ayat
berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. Selain
itu, murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri
bagi melengkapkan perenggan. Bagi memudahkan murid dalam penulisan, guru boleh
menyediakan bahan bantu mengajar seperti kad imbasan dan kad perkataan. Murid
mengolah isi berdasarkan pendahuluan dan pengakhiran cerita yang diberikan oleh
guru. Penggunaan pendekatan berpandu ini dapat meminumkan murid daripada
melakukan sebarang kesalahan dalam penulisan. Menurut pendekatan ini, murid
terlebih dahulu didedahkan dengan latihan memadankan ayat. Sekiranya murid
telah mahir dalam aktiviti tersebut, aras latihan akan ditingkatkan. Penulisan
karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk
wacana yang lengkap.
Pendekatan
Bebas
Pendekatan bebas merupakan pendekatan yang relevan
dilaksanakan untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan
baik. Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Dalam
penghasilan karangan, murid mencari isi karangan sendiri tanpa bantuan guru.
Setelah mencari isi, murid menyusun isi dan membuat rangka karangan.
Berdasarkan pendekatan ini, guru boleh memberikan beberapa perkataan atau
rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan murid.
Penggunaan peribahasa amat digalakkan menurut pendekatan ini.
Pendekatan
Proses
Pendekatan proses tidak memberatkan hasil tetapi
melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid. Pada peringkat permulaan,
murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Pengumpulan
bahan tersebut boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Bahan-bahan yang
telah dikumpul disimpan di dalam folio. Bahan-bahan daripada folio disaring untuk
menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka.
Penggunaan sumber bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
adalah digalakkan. Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio
untuk kegunaan bagi tajuk karangan yang lain. Setelah itu, murid menyusun isi
karangan yang diperoleh daripada bahan tersebut. Dalam peringkat menyusun isi,
murid berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun ditulis dalam bentuk
karangan. Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan
yang lengkap. Murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan
mpembetulan terhadap sebarang kesalahan dalam penulisan. Setelah selesai
melakukan pengeditan dan pembetulan, karangan tersebut dihantar kepada guru untuk
dinilai. Berdasarkan pendekatan ini, tumpuan guru adalah terhadap proses
mengarang yang dilalui oleh murid bermula daripada proses mengumpul bahan,
menyaring bahan, menyusun bahan, mengolah bahan ke dalam bentuk pemerengganan
yang sesuai, mengedit penulisan dan menghantat hasil penulisan kepada guru.
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif merujuk kepada penulisan berdasarkan fungsi
bahasa sebagai alat perhubungan. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa
yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang memberi fokus terhadap
aspek penstrukturan karangan. Murid diberikan laihan mengemukakan pendapat
mereka tentang sesuatu idea. Murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam
konteks perbincangan autentik. Menurut pendekatan ini, bentuk penulisan murid
lebih kepada bentuk melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana
kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multimedia dapat
membantu murid dalam mengemukakan penceritaan.
Pendekatan LEA (Language Experience Approach)
Menurut pendekatan LEA, guru meransang perbincangan berkaitan tajuk yang
dipilih. Murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita. Perkataan
tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh
guru. Murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan. Setelah
itu, guru membimbing murid memberi tajuk cerita. Guru menulis ayat untuk
membina cerita bertulis. Setelah cerita selesai ditulis, guru membaca cerita
tersebut membaca secara nyaring untuk didengar oleh murid. Murid menyalin teks
cerita yang ditulis oleh guru. Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu.
Kemudian, guru meminta murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam
situasi yang sesuai.
Ulasan
Catat Ulasan