Kata Standard


Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Penggunaan ejaan standard dalam kamus merupakan aspek dalam penghasilan kamus yang baik. Asmah Omar (1975) berpendapat bahawa pengguna kamus juga ingin mendapatkan kaedah ejaan yang betul bagi suatu kata. Ejaan yang digunakan dalam kamus ialah ejaan Rumi baru yang telah diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972 sejajar dengan pedoman serta senarai perkataan yang terdapat di dalam Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.
            Berdasarkan beberapa pertimbangan, sebilangan besar perkataan yang berbeza daripada bentuk standard masing-masing, iaitu yang merupakan variasi kata, serta bentuk tertentu variasi ejaan, masih dimuatkan dalam kamus ini sebagai kata masukan yang dirujukkan kepada bentuk ejaan standard dengan tanda anak panah. Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan (seringkalinya dengan maklumat-maklumat selanjutnya). Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran