Pengaruh Islam Terhadap Sistem Politik Masyarakat Melayu
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenalkan beberapa unsur baharu kepada amalan pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu. Ini telah berlaku terutamanya dalam institusi kesultanan dan juga perundangan. Sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sejak sebelum kedatangan Islam ialah institusi pemerintahan beraja. Institusi raja ini telah dipengaruhi oleh tradisi Hindu-Buddha yang dikenali sebagai konsep dewa-raja . Kedatangan Islam telah mengubah kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu. Golongan raja telah mula menitikberatkan konsep-konsep Islam. Misalnya, istilah bagi sultan , Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermakna bayangan Allah di muka bumi telah mula digunakan. Konsep ini menjadi teras institusi raja dan memberikan suatu pengesahan berlandaskan Islam terhadap kewibawaan seorang raja tersebut. Para pemerintah juga telah menggunakan gelaran seperti Khalifatul Mukminin yang b