Kepentingan Fonetik dan Fonologi kepada Guru Bahasa Melayu
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Fonetik dan fonologi merupakan salah satu cabang bidang linguistik yang mengkaji bahasa secara saintifik (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Bidang fonetik adalah suatu bidang kajian mengenai cara menghasilkan bunyi menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk tujuan bertutur. Manakala, aspek sistem bahasa merupakan fokus kajian aspek fonologi. Fonetik dan fonologi memainkan peranan yang amat penting dalam konteks pertuturan harian. Dalam konteks pendidikan di sekolah, bidang ini perlulah dikuasai oleh guru bahasa Melayu kerana dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Terdapat banyak manfaat yang diperoleh oleh guru bahasa seandainya mereka menguasai bidang ini. Awang Sariyan (1985) menyatakan bahawa kepentingan ilmu fonetik dan fonologi kepada guru bahasa dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dapat membantu para pelajar untuk bertutur dengan menggunakan sebutan baku. Pengg...