Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Kepada Guru
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Mook Soon Sang (2009), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh orang yang lebih dewasa, yang lebih berpengalaman dan yang lebih berilmu pengetahuan. Berdasarkan pernyataaan tersebut, guru sebagai seorang pendidik merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam memperkembang kognitif kanak-kanak untuk mencapai satu tahap yang optimum. Dalam mengembangkan kognitif murid-murid, guru seharusnya menguasai teori-teori perkembangan kanak-kanak yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky (1934-1986) agar perkembangan kognitif tersebut dapat dilakukan secara sistematik dan holistik. Penguasaan terhadap toeri perkembangan kognitif adalah penting kepada guru dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini demikian kerana, teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky menjadi kuasa dominan dalam metodologi dan pemikiran yang berkaitan dengan psikologi kognitif (Wong Kiet Wah...